Guan Eng nafi terlibat jatuhkan Ketua Menteri Pulau Pinang: Laporan

October 17, 2023 · Politik

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng menolak dakwaan kononnya terlibat dalam usaha untuk menjatuhkan Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow.

Memetik laporan portal berbahasa Cina, Guan Eng berkata kontroversi kononnya terdapat usaha untuk menjatuhkan Kon Yeow perlu diselesaikan secara dalaman sebelum membuat sebarang kenyataan terbuka.

Guan Eng berkata, semua pemimpin harus menyedari bahawa urusan parti harus diuruskan dalam parti secara dalaman dan ia juga merupakan sesuatu yang pernah dinyatakan oleh Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.

“Hakikatnya, saya bukan orang yang cakap tentang (kemunculan) seruan menjatuhkan Chow tetapi beliau sendiri (Kon Yeow) yang berkata demikian. Oleh itu, harus tanya beliau untuk maklumat lanjut.

“Masa itu (Kon Yeow bercakap) saya tidak berada di situ kerana telah meninggalkan majlis lebih awal untuk aktiviti seterusnya. Saya juga tidak membaca laporan secara teliti.

“Biarlah kami memahami apa sebenarnya yang berlaku. Ini sahaja yang boleh saya mengulas,” kata Guan Eng dipetik laporan SinChew Daily.

Sebelum ini, ketika menghadiri satu majlis bersama Guan Eng, Kon Yeow dilaporkan menyebut kemunculan suara yang mahu “menjatuhkan Chow.”

Katanya, keadaan itu merupakan satu cabaran yang perlu diharungi dan beliau juga mengajak orang parti yang mahu jatuhkan Chow supaya kembali memberi sokongan kepada Chow.

Menurutnya, walaupun sebelum pilihan raya negeri, telah muncul pelbagai laporan dan spekulasi mengenai usaha menjatuhkan Chow atau menggantikannya sebagai ketua menteri.

Ujarnya, walaupun cabaran berkenaan berjaya ditempuhi dan beliau terus menjadi ketua menteri, tetapi keadaan itu tidak bermakna cabaran telah berakhir kerana kebelakangan ini timbul lagi banyak khabar mengenai usaha menjatuhkan Chow

“Jika masih ada orang, tidak kira dalam parti atau luar parti, yang mahu menjatuhkan Chow, maka saya mahu menggunakan platform ini untuk meminta mereka jangan menjatuhkan Chow tetapi kembali kepada (menyokong) Chow,” katanya.

Terlebih dahulu, Loke berkata, Kon Yeow merupakan seorang pemimpin yang telus dan akan menjelaskan penjualan tanah milik Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Kontroversi timbul apabila agensi kerajaan negeri itu dilaporkan menjual tanah kepada sebuah syarikat pembinaan secara rundingan terus.

Kon Yeow bagaimanapun menjelaskan penilaian wajar telah dijalankan dengan teliti sebelum keputusan dibuat.

Berita berkaitan
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023· Politik
PAS bidas kenyataan biadab MP PKR dalam isu poligami, dakwa sentuh 3R
November 27, 2023· Politik
Orang Melayu sudah hilang kuasa, UMNO hanya menumpang dalam kerajaan
November 24, 2023· Politik
Pernyataan saksi utama kes rasuah Guan Eng akan diteliti mahkamah
November 17, 2023· Isu semasa
Popular
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
Lagi Politik terkini
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
5 jam lalu · Politik
Wahab sudah sahkan identiti ‘Mr H’ didakwa dalang rakaman tular
November 29, 2023 · Politik
Samsuri tak tolak anjur solat hajat berhubung tuntutan wang royalti
November 29, 2023 · Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023 · Politik
Sesi perbahasan kecoh selepas Ahli Parlimen pertikai tiada menteri dalam dewan
November 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] ‘Permainan’ pegawai politik punca kerajaan 22 bulan tumbang
1 jam lalu
[VIDEO] Belanjawan 2024 paling pantas diluluskan DUN Kedah, kata Sanusi
2 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok