Guan Eng! Jangan jadi telunjuk lurus kelingking berkait: Ketua Armada

March 25, 2023 · Politik

Ketua Armada Bersatu Malaysia menempelak Pengerusi DAP, Lim Guan Eng sambil menasihatkan ahli Parlimen Bagan itu turut sama patuh kepada undang-undang berkaitan Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang juga ahli Parlimen Machang berkata Guan Eng juga tidak perlu berdrama, melakukan propaganda dan patuh kepada undang-undang apabila membuat tuduhan terhadap orang lain.

“Jangan jadi telunjuk lurus kelingking berkait. Masyarakat kini dapat melihat bahawa pemimpin parti kerajaan (Pakatan Harapan-Barisan Nasional) galak membuat laporan polis terhadap parti pembangkang.

“Tidak lama dulu, DAP sering mengkritik UMNO sebagai parti penyangak yang menggunakan kuasa dalam kerajaan untuk menindas parti lawan.

“Kini DAP berpelukan dengan UMNO dan mereka pula menggunakan kedudukan dalam kerajaan untuk menindas pemimpin Bersatu dan Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam kenyataan hari ini sambil menegaskan PN akan bangkit menentang semua penindasan itu.

Wan Ahmad Fayhsal berkata demikian sebagai mengulas tuduhan Guan Eng bahawa beliau membuat laporan polis palsu berhubung isu membatalkan status pengecualian cukai yang diberikan kepada Yayasan Albukhary.

Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata laporan polis yang dibuat Armada semalam adalah jelas, mudah dibaca dan tidak rumit atau mengelirukan.

“Tidak seperti pembohongan yang dilakukan DAP dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Itukah sebabnya Guan Eng meloncat, menyerang dan mengugut saya?,” katanya.

Menurutnya, Guan Eng datang membuat laporan polis dengan membawa bunting “Muhyiddin Fitnah”.

“Guan Eng juga menyebarkan laporan polisnya. Ini suatu perkara yang direncanakan untuk tujuan propaganda DAP kerana Guan Eng terkesan dengan apa yang saya katakan.

“Lupakah Guan Eng fitnah dahsyat yang lebih besar yang dilontarkan oleh Anwar bahawa Muhyiddin selewengkan RM600 bilion. Kemudian turun RM530 bilion… kemudian bertukar kepada RM92.5 bilion… kemudian jatuh merudum kepada RM4.5 bilion?

“Yang terkini dan yang cuba dipalitkan kepada Muhyiddin bukan lagi seleweng duit tapi salah guna kuasa. Jumlahnya bukan yang dituduh awal-awal dulu. Itu bukan fitnah jahat?,” soalnya.

Wan Ahmad Fayhsal turut mengingatkan bahawa Anwar yang juga menteri kewangan dalam jawapan di Dewan Rakyat mengatakan bahawa seseorang Perdana Menteri tidak mempunyai kuasa ke atas cukai yang dikenakan.

“Jika demikian kenapa Muhyiddin dikenakan tuduhan salah guna kuasa (berkiatan cukai Yayasan Al-Bukhary) sedangkan dia tiada kuasa? Inilah pendedahan demi pendedahan pembohongan terhadap Muhyiddin.

“Tidak perlu lah Guan Eng nak mengugut saya. Saya yakin apa yang saya cakapkan dan akan mempertahankan pemimpin saya yang dianiayai.

“DAP dah tidur sekatil dengan UMNO jadi biarlah “strange bed fellows” ini dengan asmara politik mereka. UMNO dan DAP akan dihukum dalam enam Pilihan Raya Negeri nanti. Kita tunggu dan lihat. Sementara itu janganlah main kotor!,” katanya.

Kata nak saman, tapi tak saman pun: Armada tempelak Guan Eng

Berita berkaitan
Stop the lies and hypocrisy, please
5 jam lalu· Rencana
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
7 jam lalu· Politik
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
8 jam lalu· Politik
Dana judi: Tarik balik kenyataan, minta maaf kata PAS
10 jam lalu· Politik
Popular
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
May 29, 2023
Isu dana judi satu tuduhan berat dibuat PMX tanpa bukti: KJ
May 29, 2023
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
May 29, 2023
UMNO diramal hilang separuh sokongan akar umbi, kata KJ
May 29, 2023
Lagi Politik terkini
Wakil kerajaan jumpa Tuan Ibrahim tawar kerjasama juga
13 jam lalu · Politik
Jamal disaman RM1 juta berhubung isu ‘pengundi hantu’ semasa PAU
15 jam lalu · Politik
Kes RM27 juta SRC: Peguam Najib minta segera perbicaraan jika kes tak digugurkan
15 jam lalu · Politik
Kes Lokman Adam buat kenyataan jelik terhadap Ismail Sabri dibicara Sept
16 jam lalu · Politik
Kes sedang dalam perbicaraan minta digugurkan, ini kerajaan luar tabii: Razali
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PRN Perikatan Nasional N24 Jeneri
May 30, 2023
[VIDEO] Malaysia Madani gagal, Anwar jadi PM buat apa pun tak jadi
1 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok