GTA hanya beri kelebihan kepada UMNO, BN, kata Wan Saiful

September 12, 2022 · Politik

Kehadiran Gerakan Tanah Air (GTA) dalam persada politik negara hanya akan memberi kelebihan kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN), apabila undi akan berpecah dalam kalangan parti-parti lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

Ketua Penerangan Bersatu Malaysia Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata walaupun sukar untuk gabungan yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad itu untuk menubuhkan kerajaan tanpa kerjasama dengan mana-mana pihak, ini secara tidak langsung akan membuatkan UMNO-BN gembira.

“GTA adalah satu gabungan yang baharu dan dianggotai oleh parti yang cita-citanya tinggi. Realitinya, tidak mudah menubuhkan parti-parti politik di Malaysia.

“Bagi saya, setiap satu undi diberikan kepada mereka yang very ‘unlikely’ untuk boleh menubuhkan kerajaan, itu akan memberikan kelebihan kepada UMNO-BN.

“Strateginya amat mudah. Kalau sekiranya undi-undi yang tidak menyokong UMNO-BN dan undi yang selain UMNO-BN berpecah, maka faedahnya kepada mereka.

“UMNO-BN pasti gembira apabila undi selain daripada mereka ini menjadikan parti-parti kecil yang semakin banyak merebutkan undi yang sama. Ini menimbulkan persoalan, apa hala tuju mereka (GTA) nak bawa sebenarnya? Bagi saya, GTA ini mungkin cita-cita tinggi tetapi realitinya apa yang akan berlaku,” katanya.

Wan Saiful mengulas mengenai pandangannya berhubung kehadiran GTA dalam politik negara menuju PRU-15.

Dalam pada itu, Wan Saiful menasihatkan pengundi membuat keputusan bijak untuk memberikan undi mereka dalam memastikan negara ditadbir urus dengan lebih baik dan kebajikan rakyat terbela.

“Jadi, pengundi yang kena buat keputusan adakah mereka nak berikan undi kepada parti yang lain dan seterusnya memberi kelebihan kepada UMNO-BN?” soalnya.

Berita berkaitan
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
8 jam lalu· Politik
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
17 jam lalu· Politik
Wartawan dan kumpulan media bidas SKMM beri tekanan terhadap portal berita
17 jam lalu· Isu semasa
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023· Politik
Popular
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
September 25, 2023
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023
Lagi Politik terkini
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
8 jam lalu · Politik
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
8 jam lalu · Politik
Apa pendirian sebenar kerajaan berkaitan ideologi LGBT? soal PAS kepada Anwar
17 jam lalu · Politik
Polis ambil keterangan MP DAP tafsir al-Quran pada Selasa
17 jam lalu · Politik
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Saya bukan orang jahat, SPRM tanya empat soalan REE, kata Sanusi
7 jam lalu
[VIDEO] Untuk menang PRK Pelangai, jentera PN bersemangat bila pemimpin ada keyakinan
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok