GRS tidak pernah tanding PRN-16 Sabah, Hajiji kini tak layak jadi KM

January 4, 2023 · Politik

Yang di-Pertuan Sabah Tun Juhar Mahiruddin diminta menarik balik pelantikan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri (KM) kerana dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Negeri Sabah, setelah beliau keluar daripada Bersatu.

Pakar Ekonomi Politik, Jeremiah Yee berpendapat Hajiji yang kini tidak lagi menganggotai Bersatu dan gabungannya Perikatan Nasional (PN) bukan lagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memenangi jumlah kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri (DUN).

Beliau juga berkata Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak pernah menyertai Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) Sabah, apatah lagi menang mana-mana kerusi DUN menggunakan lambangnya, sekali gus menunjukkan keabsahan Hajiji boleh dipertikaikan.

“Pada 10 Disember tahun lalu, Hajiji melalui suatu pernyataan akhbar oleh GRS (walaupun GRS tidak pernah menjadi ahli Bersatu ataupun PN) mengumumkan keluar Bersatu dan seterusnya PN serta akan menggunakan GRS sebagai landasan untuk tujuan politik akan datang.

“Satu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan ialah GRS tidak pernah bertanding dalam PRN-16 Sabah pada 26 September 2020, apatah lagi menang sebarang kerusi dengan menggunakan lambangnya.

“Ini bermakna kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah Ke-16 yang sudah disangkal sebelum ini terjerat lagi untuk kali kedua oleh peruntukan-peruntukan Perlembagaan yang sama,” katanya menulis dalam Utusan yang disiarkan hari ini (4 Januari 2023).

Jeremiah yang memuat naik keputusan rasmi PRN-16 Sabah yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut memetik Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sabah yang menyatakan:

“Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik menjadi Ketua Menteri seseorang ahli Dewan Undangan yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan, …”

Katanya Perkara 6(3) itu bukanlah satu peruntukan yang boleh dipacakkan secara tunggal kerana ianya hendaklah dibaca bersama Perkara 6(7) yang berbunyi:

“Bagi maksud fasal (3) Perkara ini, dimana suatu parti politik telah menang majoriti kerusi-kerusi Dewan Undangan yang dipilih dalam suatu pilihan raya umum, ketua parti politik tersebut yang adalah ahli Dewan Undangan, hendaklah menjadi ahli Dewan Undangan yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.”

Katanya tiga hari selepas PRN-16 Sabah pada 26 September 2020, Hajiji mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri setelah mendapat sokongan daripada Barisan Nasional (BN).

Jeremiah mendakwa daripada keputusan rasmi yang dikeluarkan oleh SPR, WARISAN yang juga merangkumi enam calon DAP, PKR (dua) dan seorang calon Parti Pertubuhan Kinabalu Progresif (UPKO) menang 32 kerusi, sekali gus merupakan parti politik yang jelas telah memenangi majoriti kerusi yang dipertandingkan dalam PRN.

Sementara Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang juga merupakan ADUN Senallang dan Presiden WARISAN adalah ketua parti politik yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ADUN menurut Perkara 6(7).

Beliau berkata parti politik Hajiji ketika PRN-16 ialah PN dan mereka bertanding menggunakan lambang serta watikah daripada gabungan yang diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Adalah dihujahkan bahawa jawapan kepada soalan ini boleh diperoleh dari pepatah perundangan “Quod ab initio non valet, in tractu temporis non convalescit” yang bermaksud “Apa yang tidak absah pada mulanya tidak akan menjadi absah pada kemudiannya”.

“Sekali lagi, jawapannya adalah dalam negatif kerana politik mesti disesuaikan mengikut undang-undang dan bukannya undang-undang disesuaikan mengikut politik atau dalam perumpamaan bahasa Latin “Politiae legibus non leges politiis adaptandae”.

“TYT Sabah diseru supaya menarik balik perlantikan Hajiji sebagai ketua menteri yang disangkal kerana ia adalah terbatal dari mula seperti apa yang pernah dilakukan oleh bekas TYT, Tun Mohamad Adnan Robert terhadap Tun Datu Mustapha Datu Harun selepas hikayat PRN Sabah tahun 1985 dulu,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
Cadangan PM bukan Melayu oleh Kit Siang, Anwar kata jangan rumitkan keadaan
December 15, 2023· Politik
Popular
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Muhyiddin hargai setiakawan PAS
October 13, 2022
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
7 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok