GRS tiada masalah bentang RUU antilompat parti

July 31, 2022 · Politik

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tiada bantahan terhadap pembentangan rang undang-undang anti lompat parti di Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Masidi Manjun.

Beliau berkata bagaimanapun, pemimpin parti komponen GRS perlu membincangkan perkara itu dengan lebih lanjut dan yakin pembentangan rang undang-undang tersebut di DUN Sabah boleh direalisasikan, menurut Bernama.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah itu juga berkata rang undang-undang tersebut mampu mewujudkan kestabilan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan adalah sesuatu yang baik untuk politik Sabah.

“Persoalannya ialah bila, adakah kita perlu mengadakan sidang khas untuk membahaskan rang undang-undang itu atau mungkin kita ingin pertimbang pelulusannya semasa sesi belanjawan yang dijadualkan sama ada pada November atau Disember…

“Bagaimanapun, saya tidak begitu pasti kerana saya bukan Speaker (DUN Sabah), saya tidak boleh memutuskan agenda mana yang perlu diputuskan (dalam sidang DUN) namun apa yang ingin saya katakan ialah kami tiada bantahan terhadap pembentangan rang undang-undang itu,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri serta pelancaran Bulan Kebangsaan dan kempen Kibarkan Jalur Gemilang di Padang Merdeka di sini yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Khamis lepas, Rang Undang-Undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 bagi mewujudkan larangan Ahli Parlimen bertukar parti menerima sokongan lebih dua pertiga dengan 209 daripada 220 Ahli Dewan Rakyat menyokong.

Pada hari sama, Presiden Parti Bersatu Sabah Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata adalah penting bagi DUN Sabah dan Sarawak untuk segera membentangkan undang-undang anti lompat parti kerana pindaan itu tidak terpakai kepada kedua-dua DUN.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata beliau telah dimaklumkan bahawa Sabah, Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan akan meminda perlembagaan masing-masing bagi membolehkan pindaan itu dikuatkuasakan di peringkat negeri.

Berita berkaitan
Sabah catat peningkatan mangsa banjir, Johor turun
4 jam lalu· Isu semasa
Undang-undang anti-lompat halang sertai parti Hajiji, kata Armizan
January 29, 2023· Politik
Hujan lebat tahap bahaya dijangka landa Pahang, Johor dan Sabah hingga Isnin
January 29, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir di empat negeri kini 12,000 ditempatkan di PPS
January 27, 2023· Isu semasa
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
February 1, 2023
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
Bersatu bidas kerajaan campuran tekan musuh politik, siasatan SPRM kerana fitnah
4 jam lalu · Politik
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
4 jam lalu · Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
6 jam lalu · Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
6 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kerajaan negeri perlu tegas, bukan takut dengan pembela peneroka haram
3 jam lalu
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok