GRS sahkan ada pihak mahu guling Hajiji, sedia buktikan keabsahan KM

January 5, 2023 · Politik

Pemimpin Gabungan Rakyat Sabah – pakatan parti politik dianggotai Barisan Nasional (BN); PBS dan bekas ahli Bersatu – mula bimbang berhubung keabsahan Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri (KM), setelah ada pihak cuba membangkitkannya dengan memetik Perlembagaan Negeri Sabah.

Susulan itu, Setiausaha Agung GRS, Datuk Seri Masidi Manjun berkata gabungan berkenaan bersedia membuktikan keabsahan Hajiji sebagai KM yang menerima sokongan majoriti ADUN Sabah.

Kenyataan itu dibuat menyusul dakwaan mengatakan ada pihak tertentu yang dikatakan sudah memperoleh sokongan untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu, setelah 17 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang menang Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16) pada 2020 lalu, keluar daripada Bersatu.

Malah, pelantikan Hajiji sebagai KM dibuat berdasarkan kemenangan atas tiket Bersatu dan Perikatan Nasional (PN) – bukannya atas tiket dan lambang GRS – yang kemudian mendapat sokongan BN, kini dipersoalkan.

Masidi mendakwa Hajiji menerima perakuan dan sokongan daripada majoriti besar ADUN untuk terus memimpin kerajaan negeri yang ada sekarang, termasuk semua tujuh ADUN Pakatan Harapan (PH) Sabah.

“Adalah difahamkan bahawa ada pihak-pihak tertentu yang mendakwa telah memperoleh sokongan lebih separuh daripada ADUN Sabah untuk membolehkan kumpulan ini menubuhkan sebuah kerajaan kegeri yang baharu.

“Suasana dan kedudukan politik di Sabah kekal stabil dan selamat untuk urusan perniagaan dan pelaburan,” katanya dalam satu kenyataan semalam ketika mengulas dakwaan ada pihak tertentu telah memperoleh sokongan untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

Dakwaan mengenai gerakan menubuhkan kerajaan baharu di Sabah ditimbulkan beberapa kali sejak pimpinan Hajiji membawa bersama semua ADUN Bersatu Sabah keluar parti pada 10 Disember 2022 dan kekal sebagai ahli GRS.

Satu hakikat yang tidak dapat dipertikaikan ialah GRS tidak pernah bertanding dalam PRN-16 Sabah pada 26 September 2020, apatah lagi menang sebarang kerusi dengan menggunakan lambangnya.

Parti politik Hajiji ketika PRN-16 ialah Perikatan Nasional dan mereka bertanding menggunakan lambang serta watikah daripada gabungan yang diketuai Presiden Bersatu yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Terdahulu, pakar ekonomi politik Jeremiah Yee meminta Yang di-Pertuan Sabah Tun Juhar Mahiruddin menarik balik pelantikan Hajiji sebagai KM kerana dikatakan bertentangan dengan Perlembagaan Negeri Sabah, setelah beliau keluar daripada Bersatu.

Jeremiah yang memetik keputusan rasmi PRN-16 Sabah yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) turut berkata Perkara 6(3) Perlembagaan Negeri Sabah yang menyatakan:

“Yang di-Pertua Negeri hendaklah melantik menjadi Ketua Menteri seseorang ahli Dewan Undangan yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Undangan, …”

Katanya Perkara 6(3) itu bukanlah satu peruntukan yang boleh dipacakkan secara tunggal kerana ianya hendaklah dibaca bersama Perkara 6(7) yang berbunyi:

“Bagi maksud fasal (3) Perkara ini, dimana suatu parti politik telah menang majoriti kerusi-kerusi Dewan Undangan yang dipilih dalam suatu pilihan raya umum, ketua parti politik tersebut yang adalah ahli Dewan Undangan, hendaklah menjadi ahli Dewan Undangan yang mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan.”

Ketika ini, blok kerajaan yang dianggotai GRS dan BN di peringkat negeri masih berada dalam kedudukan selesa dengan 53 kerusi daripada 79 kerusi DUN Sabah, termasuk enam ADUN Dilantik serta ADUN yang mesra kepada kerajaan.

GRS tidak pernah tanding PRN-16 Sabah, Hajiji kini tak layak jadi KM

Berita berkaitan
Dicabar dedah penyata akaun, DAP kata enggan layan cabaran Bersatu
18 jam lalu· Politik
Mangsa banjir di Sabah kekal, Johor menurun
February 6, 2023· Isu semasa
Tindakan beku akaun Bersatu, DAP paling suka lihat parti Melayu ditindas?
February 5, 2023· Politik
Utamakan kepentingan rakyat bukan berdendam dengan pembangkang, kata PN
February 4, 2023· Politik
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
PH, BN bergabung hadapi PRN
February 8, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Kerajaan UMNO-DAP Pahang teruskan agenda ‘dendam politik’
15 minit lalu · Politik
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
52 minit lalu · Politik
Polis langgar undang-undang tolak aduan wanita seluar pendek: ADUN DAP
2 jam lalu · Politik
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
3 jam lalu · Politik
PH, BN bergabung hadapi PRN
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
6 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok