GRS garis empat teras perjuangan jamin kemakmuran Sabah: Hajiji

May 28, 2022 · Politik

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menggariskan empat teras yang menjadi keutamaan dalam perjuangannya, tambahan kepada Agenda Sayangi Sabah yang termaktub dalam Akujanji GRS pada Pilihan Raya Negeri Ke-16 (PRN-16), September 2020.

Empat teras berkenaan adalah ‘Sabah First’; ‘Sabah Forward’; ‘Sabah Prosper’; dan ‘Sabah United’.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata teras Sabah First bakal menganjak status negeri ke kedudukan teratas dalam pelbagai aspek pembangunan, selain menjadi pegangan untuk membuat susulan setiap perkara dalam siri perundingan berkaitan tuntutan hak Sabah dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

Beliau yang juga Pengerusi GRS dan Ketua Badan Pimpinan Bersatu Sabah berkata ia tidak bermaksud bahawa gabungan itu mengetepikan kepentingan nasional, namun sebagai wadah tempatan, amanah dan tanggungjawab besar adalah memperjuangkan kepentingan negeri sebagai keutamaan nombor satu.

“Kita yakin dan percaya, sebagai salah satu komponen penting negara, matlamat membina Sabah yang lebih maju dan berjaya perlu diangkat sebagai agenda nasional demi menjamin kemakmuran dan kelestarian Persekutuan Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran rasmi GRS di Kota Kinabalu, hari ini.

Sementara teras ‘Sabah Forward’ pula menekankan usaha ke arah membentuk pemikiran, menghalakan perspektif dan memimpin tindakan secara strategik dan berfokus dalam membina masa depan negeri.

“Sikap, tindakan, masa dan segala sumber di Sabah perlu ditumpu dan dihalakan ke hadapan demi membina legasi kemajuan untuk dinikmati dan diwarisi generasi akan datang. Menerusi ‘Sabah Prosper’, GRS menekankan kesunggguhan dan komitmen melaksana serta menjayakan Agenda Sayangi Sabah.

“Ia akan dilaksana dan dijayakan melalui pelan pembangunan negeri iaitu Halatuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang dirangka untuk mengisi lompong ditinggalkan pentadbiran lalu. Sungguhpun mewarisi trend kemerosotan ekonomi, ditambah cabaran Covid-19, kita berupaya bangkit melalui pelan ini.

“Alhamdulillah, sebagaimana yang dibentangkan dalam Majlis Setahun Hala Tuju SMJ baru-baru ini, banyak kemajuan yang sudah mula dicapai. Teras ‘Sabah United’ pula merujuk kepentingan kesatuan rakyat Sabah dalam mencapai tiga teras awal yang digariskan dalam perjuangan GRS,” katanya.

Hajiji berkata GRS turut menggariskan dua prinsip politik dalam menggerakkan gabungan berkenaan iaitu, Politik Pembangunan dan Politik Akomodasi atau keterbukaan.

Berita berkaitan
Rahman Dahlan nafi UMNO Sabah sudah muktamadkan kerjasama dengan Warisan
December 15, 2023· Politik
Dua kem UMNO berbeza di Sabah, kumpulan pro Hajiji dan Bung Moktar
November 29, 2023· Politik
PRN Sabah mungkin diawalkan, kata Hajiji
November 13, 2023· Politik
Politik wang diamalkan ketika ini oleh kerajaan Anwar, bidas Wan Saiful
November 9, 2023· Politik
Popular
Sidang Khas Parlimen: 3 Ahli Parlimen positif Covid-19 semasa ujian calitan
July 24, 2021
Penjelasan Perkara 49A Perlembagaan Persekutuan
November 21, 2022
PRN Johor: Enam calon Bersatu bukan Melayu
February 24, 2022
PM Malaysia homoseks: Hamzah minta Anwar saman media Itali
December 19, 2022
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024 · Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok