GPS sokong PN, Muhyiddin 100 peratus

July 10, 2021 · Politik

Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal memberikan sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menerajui kepemimpinan negara, kata Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg

“Mesyuarat hari ini diadakan khusus untuk membincangkan situasi politik semasa khususnya yang sedang berlaku di Kuala Lumpur.

“Hasil mesyuarat itu, semua komponen GPS mencapai kata sepakat untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) di bawah kepimpinan Muhyiddin,” katanya pada sidang media hari ini.

Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu berkata pada mesyuarat berkenaan GPS turut berpendirian, sekarang bukan masa sesuai untuk berpolitik kerana ia boleh menggugat kestabilan.

“Sekarang masa bagi semua rakyat bersatu bagi membawa negara keluar daripada krisis pandemik Covid-19,” katanya.

Hadir sama pada sidang media itu ialah Presiden Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Datuk Seri Dr Sim Kui Hian; Presiden Parti Rakyat Sarawak, Tan Sri Dr James Jemut Masing dan Timbalan Presiden Parti Demokratik Progresif (PDP), Datuk Nelson Balang Rining.

Rabu lalu, mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO dipengerusikan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat keputusan menarik balik sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) dan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkuat kuasa serta-merta.

Berita berkaitan
Ideologi yang berbeza,hala tuju yang tidak jelas Kerajaan Perpaduan
January 1, 2024· Rencana
PM bukan Melayu, UMNO akan terpaksa ikut tuntutan DAP: Muhyiddin
December 16, 2023· Politik
UMNO kalah teruk hilang undi banyak, majoriti Dr Samsuri meningkat
December 2, 2023· Politik
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Popular
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024
PRU-15: Senarai calon UMNO menang Parlimen
November 21, 2022
Kit Siang bangkitkan isu PM bukan Melayu, tapi Puad pula bidas PN
December 17, 2023
Ketua Bahagian Tanjung Piai sahkan ikut PM ke UNGA di Amerika, Mat Maslan nafi
September 13, 2022
Lagi Politik terkini
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024 · Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024 · Politik
Sekarang rakyat cakap balik kepada Tambun, ‘Hang yang tak reti jaga negeri’
March 5, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok