GPS sokong Muhyiddin

April 1, 2021 · Politik

Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang membentuk kerajaan negeri hari ini menyatakan sokongan penuh kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk terus menerajui negara ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi GPS berkata, gabungan itu yakin terhadap kepemimpinan Muhyiddin yang memberi penekanan kepada pentingnya menjaga kestabilan negara.

“Saya percaya kalau negara kita stabil, kita dapat menghadapi cabaran yang lebih besar selepas ini,” katanya berucap pada perjumpaan khas perdana menteri bersama penjawat awam Sarawak dan Persekutuan, di Kuching, hari ini.

Media melaporkan beliau turut memuji kebijaksanaan perdana menteri dalam menangani isu pandemik COVID-19.

“Kerjasama di antara kerajaan Sarawak dan Persekutuan begitu akrab, begitu juga dengan hubungan di antara penjawat awam di negeri ini,”
katanya.

GPS yang dipimpin Abang Johari dan dianggotai empat parti tempatan yang membentuk kerajaan negeri masih kekal sebagai sekutu Perikatan
Nasional (PN) yang dipengerusikan oleh Muhyiddin bagi membantu membentuk Kerajaan Persekutuan.

Selain Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), parti lain dalam gabungan itu ialah Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Berita berkaitan
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
9 jam lalu· Politik
Mas Ermieyati kaji tindakan terhadap tuduhan Zahid, nafi guna dana parti
12 jam lalu· Isu semasa
DAP bidas Shafie tak berprinsip kerana mahu kerjasama dengan parti menang
17 jam lalu· Politik
Wan Fayhsal sahut cadangan potong gaji Menteri untuk bantu rakyat
June 29, 2022· Isu semasa
Popular
Anwar akhirnya akui  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
June 30, 2022
Jawab dahulu SD sokong Anwar, bukan sibuk desak bubar MPN
June 30, 2022
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
June 30, 2022
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
June 30, 2022
Lagi Politik terkini
Sepatutnya Anwar mengaku ditipu Najib dan Zahid, bukan putar belit isu SD UMNO
9 jam lalu · Politik
Bersatu beri sokong kuat kepada PM tangani inflasi, kos sara hidup rakyat
9 jam lalu · Politik
Anwar akhirnya akui  ada SD Najib sokong jadi PM, Tajuddin bercakap benar
13 jam lalu · Politik
Dr Mahathir mungkin bertanding semula di Langkawi jika tiada pengganti
17 jam lalu · Politik
Tajuddin sukar pertahan Pasir Salak tanpa sokongan UMNO: Pakar politik
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Marah disaman tiada lesen, langgar kereta JPJ sehingga terbalik
7 jam lalu
[VIDEO] Presiden parti politik dalang ‘kad kebal’ warga asing
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok