GPS nyata pendirian tak hantar jentera PRN bantu PH-UMNO: Abang Jo

August 1, 2023 · Politik

Tiada jentera Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan dihantar untuk membantu kempen Pakatan Harapan (PH)-UMNO di enam Pilihan Raya Negeri (PRN), kata Tan Sri Abang Johari Openg.

Premier Sarawak itu menjelaskan pendirian GPS masih kekal untuk tidak menghantar jentera ke enam negeri dan kehadiran semasa hari penamaan calon hanya atas dasar memberi sokongan kepada kerajaan campuran.

“Kita tidak ada menghantar jentera (pilihan raya) kita. Saya ada di sana atas tanda kita sokong kerajaan perpaduan.

“Bahkan, apa yang penting adalah kestabilan politik dan melaksanakan dasar-dasar yang akan menentukan hala tuju Malaysia,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.

Beliau ditanya jika jentera pilihan raya GPS akan dikerahkan untuk membantu kempen PH dan BN bagi PRN enam negeri.

Abang Johari dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor muncul bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Selayang dan Ampang, Selangor pada hari penamaan calon Sabtu lalu.

Terdahulu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan menggesa pemimpin GPS membantu gabungan itu dalam kempen PRN enam negeri.

Ketua Whip GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof dilaporkan berkata, gabungan pemerintah Sarawak itu akan kekal berkecuali dan tidak terbabit dalam kempen PRN negeri lain.

GPS kemudian setuju menyokong, tetapi hanya membabitkan Menteri dan Timbalan Menteri mereka sahaja.

Berita berkaitan
Pengenalan caj bayaran QR tak bebankan golongan berpendapatan rendah: PMX
September 29, 2023· Isu semasa
Anwar akui ada kenaikan harga barang, kerajaan sedang cari jalan selesaikan
September 29, 2023· Isu semasa
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023· Politik
Satu negara harga barang naik, kenapa tumpu jualan murah di Pelangai? soal ADUN Beserah
September 29, 2023· Politik
Popular
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023
Kerusi presiden PAS dan timbalan dipertanding, bukan macam UMNO
January 10, 2023
Lagi Politik terkini
Puad sindir Rafizi gagal tawar formula luar biasa
September 29, 2023 · Politik
Penyandang jawatan ’Top 5’ kekal, tiada pertandingan pada Muktamar PAS: Takiyuddin
September 29, 2023 · Politik
MP DAP sudah diambil keterangan berhubung video tafsir al-Quran: Ayob Khan
September 29, 2023 · Politik
Zahid umum peruntukan semasa PRN tidak pula dianggap rasuah? soal Ahmad Fadhli
September 29, 2023 · Politik
Jawatan Presiden PAS dan Timbalan berkemungkinan tiada pencabar: Sanusi
September 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Tak wajar polis pantau PN setiap jam, ganggu kempen calon
3 jam lalu
[VIDEO] Dakwaan Menteri jejas pelancongan, boleh ke Langkawi pakai seluar pendek
September 27, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok