GPS nafi perjanjian sokong BN bentuk kerajaan selepas PRU-15

November 8, 2022 · Politik

Gabungan Parti Sarawak (GPS) hari ini (Selasa, 8 November 2022) menafikan laporan bahawa persetujuan telah dicapai untuk gabungan itu menyokong Barisan Nasional (BN) bagi membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 19 November ini.

Pengerusi GPS, Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Premier Sarawak berkata setakat ini tiada perjanjian sedemikian dibuat gabungan itu dengan BN.

“Saya tidak tahu mengenai itu (kerjasama dengan BN), saya juga baru baca tentangnya,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sarawakku Sayang di Lawas, menurut Utusan Sarawak.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan yang memetik Setiausaha Agung UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan menyatakan BN yakin dapat membentuk kerajaan stabil selepas PRU-15 dengan sokongan daripada GPS.

Dalam laporan yang diterbitkan pada 21 Oktober lepas, Ahmad juga berkata, perkara itu telah dipersetujui dalam mesyuarat sebelum ini antara kedua-dua pakatan berkenaan.

GPS ialah gabungan yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang merupakan bekas parti komponen BN.

Gabungan itu mengumumkan keluar BN pada Jun 2018, selepas PRU-14 apabila Barisan Nasional kalah kepada Pakatan Harapan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pada 19 November dan pengundian awal pada 15 November ini.

Berita berkaitan
Polis siasat Muhyiddin berhubung ucapan semasa ceramah PRK Kemaman
December 2, 2023· Politik
Wan Saiful cabar DAP saman UMNO-BN dalam isu Komunis
November 17, 2023· Politik
Zahid kata kerusi Kemaman kubu kuat UMNO
November 13, 2023· Politik
MP Gua Musang pula sokong Anwar, demi kebajikan rakyat terbela
November 8, 2023· Politik
Popular
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023
PH pun ada ‘virus’, syok bercakap saja, kata ahli MT UMNO
January 19, 2023
Lagi Politik terkini
Kuat kecam Zahid, UMNO akhirnya pecat Isham Jalil: Laporan
36 minit lalu · Politik
Kalah PRK Kemaman, Isham kata cukup-cukuplah UMNO jadi penjilat DAP
December 5, 2023 · Politik
Lebih baik Kit Siang minta UMNO tukar Zahid, bidas Takiyuddin
December 5, 2023 · Politik
Seperti Zahid, Anwar juga dalam penafian selepas kekalahan PRK Kemaman
December 5, 2023 · Politik
Zahid masih dalam penafian selepas UMNO kalah teruk di Kemaman
December 4, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah, Itali jalin kerjasama jayakan Kedah Aerotropolis
16 jam lalu
[VIDEO] Kit Siang patut nasihat UMNO tukar presiden, PAS elok dah
December 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok