Gerakan setia bersama PN

January 20, 2023 · Politik

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) menafikan spekulasi parti itu akan keluar daripada Perikatan Nasional (PN) kerana bimbang akan hilang peluang untuk memenangi semula kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang.

Setiausaha Agung Gerakan, Mak Kah Keong berkata, perkara itu tidak pernah dibangkitkan dalam mana-mana perbincangan dalam Gerakan kerana parti berkenaan tetap setia bersama PN.

“Kita juga menafikan kenyataan pemimpin Gerakan Kelantan, Ong Khang Woon bahawa terdapat pihak tertentu dalam parti itu mahu mereka keluar daripada PN kerana terdapat pergolakan.

“Itu hanya spekulasi dibuat-buat dan Gerakan tidak pernah menyatakan hasrat seperti itu malah isu (keluar dari PN) ini tidak pernah bangkit dalam mana-mana perbincangan dalam Gerakan kerana kami tetap setia bersama PN.

“Ini semua fitnah yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan saya tidak tahu apa motif sebenar mereka,” katanya dalam satu kenyataan menurut Sinar.

Sementara itu, Kah Keong menegaskan tiada sebarang pihak atau pemimpin Gerakan yang tidak berpuas hati terhadap pimpinan di bawah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Sekarang Gerakan hanya fokus kepada persediaan dalam Pilihan Raya Negeri yang akan datang bukannya isu bangsa dalam PN.

“Gerakan berharap agar pemimpin-pemimpin PN iaitu rakan seperjuangan dalam Pas dan Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia) tidak mudah percaya dengan hasutan murahan ini,” katanya.

Berita berkaitan
UMNO tandus calon sehingga terpaksa letak calon luar di Kemaman: Sanusi
November 15, 2023· Politik
Fitnah dana judi, MP Pasir Mas kata ingatkan sudah selesai siasatan
November 10, 2023· Politik
Zahid dakwa ramai lagi MP PN akan sokong Anwar selepas ini
November 9, 2023· Politik
Tak perlu sokongan MP pembangkang dalam kerajaan campuran: Mat Maslan
November 4, 2023· Politik
Popular
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
December 2, 2023
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023
PRN: MCA, MIC tarik diri, Zahid nafi hubungan bermasalah
July 6, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Kemaman: 48 peratus sudah keluar mengundi setakat 2 petang
1 jam lalu · Politik
Kes saman fitnah: Ramasamy sudah bayar Zakir RM1.52 juta
December 1, 2023 · Politik
Najib mohon DNAA bagi tiga lagi pertuduhan membabitkan kes dana SRC
December 1, 2023 · Politik
Identiti ‘Mr H’ rahsia dan tidak akan didedah, kata KPN
November 30, 2023 · Politik
Isu pertalian dengan komunis, tiga pemimpin DAP saman MP Kepala Batas
November 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tuan Guru Hadi di Grand Finale PRK Kemaman
7 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Radzi Jidin di Grand Finale PRK Kemaman
8 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok