Gerakan jatuhkan Ketua Menteri Melaka wujud, dedah seorang ADUN

October 3, 2021 · Politik

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rembia, Datuk Muhammad Jailani Khamis mendedahkan wujud gerakan untuk menjatuhkan kerajaan Melaka diterajui UMNO yang menjadi kontroversi baru-baru ini.

Jelasnya, beberapa ADUN kerajaan tidak menyokong Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali dan merancang bersama ADUN blok pembangkang, Pakatan Harapan (PH) untuk menjatuhkan kerajaan negeri yang dipimpinnya.

“Memang ada gerakan (menjatuhkan Ketua Menteri) dan kita mempunyai bukti kukuh terdapat cubaan untuk merosakkan keharmonian kepemimpinan kerajaan negeri.

“Ia bukan isu baharu, malah berlaku sejak terbentuknya kerajaan hasil gabungan wakil rakyat Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Bebas di negeri ini awal Mac tahun lalu.

“Apa yang saya perhatikan, cubaan kumpulan itu sebenarnya tiada asas konkrit untuk menjatuhkan kerajaan negeri, sebaliknya ia tidak lebih daripada kepentingan individu tertentu saja,” katanya dipetik dalam laporan media.

Exco Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri itu bagaimanapun membidas tindakan sekumpulan ADUN tersebut yang dilihat mempunyai kepentingan peribadi.

“Bagi saya, kerajaan negeri sedia ada yang dipimpin Sulaiman sudah dan sedang menjalankan tugas dengan baik, jadi tidak ada alasan untuk mengubah sebuah kerajaan yang bagus seperti ini,” ujarnya lagi.

Difahamkan, terdapat empat ADUN yang tidak menyokong Sulaiman dan dikatakan sudah menandatangani Akuan Bersumpah (SD) menolak kepemimpinannya.

Kerajaan Melaka yang diterajui BN dibentuk pada Mac tahun lalu selepas PH tumbang berikutan empat ADUN ketika itu memberikan sokongan kepada gabungan PN.

Kerajaan Melaka ketika ini diwakili 17 ADUN dengan 14 daripadanya diwakili UMNO, diikuti dua daripada Bersatu dan satu Bebas, manakala pembangkang pula 11 kerusi.

Berita berkaitan
Reka bentuk pun belum siap, bagaimana Hisham boleh kata LCS akan siap setahun dua?
39 minit lalu· Isu semasa
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
20 jam lalu· Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
21 jam lalu· Politik
Semua petugas SPR negeri sudah bersedia hadapi PRU-15, kata Pengerusi
August 9, 2022· Politik
Popular
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
49 minit lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
14 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
14 jam lalu · Politik
RUU antilompat parti tak terpakai kepada Ahli Dewan Negara: PM
21 jam lalu · Politik
UMNO Johor sedia tunggu berentap dengan Rafizi, kata Hasni
August 9, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok