Gerakan bangga berjuang dengan PN lawan kezaliman, kleptokrasi

March 18, 2023 · Politik

Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) hari ini mempersoal tindakan kerajaan Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) yang kini dilihat lebih kerap menyebelahi agensi atau mana-mana syarikat berbanding menjaga kepentingan rakyat.

Presidennya, Senator Datuk Dr Dominic Lau berkata, setiap kali ada masalah yang berbangkit, termasuk kenaikan kadar dasar semalaman (OPR)dan harga barang, maka kehendak rakyat akan diabaikan.

“Ini bukan yang rakyat mahukan. Rakyat mahu jalan penyelesaian seperti jatuhkan harga barang tetapi apa yang Anwar buat, jatuhkan musuh politik. Jadi kepentingan rakyat letak dimana? katanya pada sidang media hari ini selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat parti itu hari ini (18 Mac 2023).

Beliau turut mengkritik kegegalan Menteri Pengangkutan kerajaan PH-BN, Anthony Loke yang dilihatnya tidak berupaya menyelesaikan masalah harga syiling tiket kapal terbang.

“Menurut Anthony, penurunan harga boleh menjejaskan dan memberi kesan buruk kepada sektor penerbangan.

“Ia saya tidak nafikan… tetapi kerajaan juga boleh nasihat atau beri amaran tegas kepada syarikat penerbangan yang menaikkan harga melampau akan dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan (AKHAP) 2011,” katanya.

Mengulas kes Kapal Tempur Pesisir (LCS) Tentera Laut Diraja Malaysia, Dominic Lau berharap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengambil tindakan kepada semua individu yang terlibat tanpa mengira pangkat atau status.

“Sesiapa sahaja yang terlibat perlu dipanggil, walaupun individu tersebut orang kenamaan, menteri atau pun Timbalan Perdana Menteri sekali pun.

“Gerakan menyambut baik perkara ini dan saya yakin SPRM akan melakukan kerja dengan amanah, adil dan tegas,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, Gerakan akan menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-55 pada 24 Mac ini.

“Walaupun Gerakan masih belum berjaya memperoleh kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Johor, dan Pilihan Raya Umum Ke-15 baru-baru ini, tetapi tetap bangga berjuang bersama-sama rakan-rakan dalam Perikatan Nasional, melawan pemerintahan yang zalim, tidak profesional dan kleptoraksi.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
UMNO akan hulur persahabatan dengan DAP bagi hadapi PRN Pulau Pinang: Zahid
March 26, 2023· Politik
Pembahagian kerusi PN dalam PRN berjalan dengan baik, sudah selesai: Sanusi
March 25, 2023· Politik
MUDA muatnaik surat mohon masuk PH, harap Saifuddin baca di FB
March 24, 2023· Politik
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu · Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu · Politik
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
33 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok