Gelombang rakyat kepada PN perlu disemarakkan lagi, kata Radzi Jidin

November 24, 2022 · Politik

Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin mengingatkan fakta bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin memperoleh lebih 112 akuan bersumpah (SD) daripada Ahli Parlimen yang menyokong beliau sebagai Perdana Menteri, tidak boleh disangkal.

Pada masa sama, beliau juga berkata gelombang kebangkitan rakyat terhadap Perikatan Nasional (PN) perlu disemarakkan lagi bagi membina Malaysia yang lebih gemilang berpaksikan Prihatin, Bersih dan Stabil.

“Setiap yang berlaku ada hikmahnya. Kita terus bergerak bersama ke depan dan teruskan perjuangan. Gelombang sokongan kepada Perikatan Nasional pada Pilihan Raya Umum Ke-15 yang lalu adalah luar biasa!

“Fakta yang perlu direkodkan, sepertimana disebut oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perikatan Nasional telah mengemukakan Akuan Bersumpah daripada lebih 112 orang Ahli Parlimen yang memberi kepercayaan kepada beliau untuk dilantik sebagai Perdana Menteri pada 21 November 2022,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, Muhyiddin menggesa Ahli Parlimen Tambun Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli Parlimen bagi menentukan keabsahannya sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana, katanya Istana Negara telah mengeluarkan kenyataan bahawa Anwar mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat dan dilantik sebagai Perdana Menteri.

“Demi keyakinan rakyat akan keabsahan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri, adalah sewajarnya beliau membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat.

“Ini hendaklah dibuktikan melalui proses yang telah ditetapkan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat dalam surat bertarikh 20 November 2022, iaitu dengan mengemukakan surat akuan berkanun majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat,” katanya.

Muhyiddin menjelaskan beliau menerima 114 SD Ahli Parlimen yang menyokongnya, iaitu 73 Ahli Parlimen Perikatan Nasional; 22 daripada GPS; GRS (enam); KDM (satu); Barisan Nasional (10) dan Bebas (dua).

Mengulas lanjut, Dr Radzi yang menang kerusi Parlimen Putrajaya pada pilihan raya baru-baru ini berkata ramai dalam kalangan sahabat penyokong, termasuk penjawat awam khususnya di Putrajaya, menyatakan kesedihan mereka apabila Perikatan Nasional tidak dapat membentuk kerajaan.

“Usah bersedih sahabat semua. Api perubahan dan kebangkitan rakyat ini akan terus kita semarakkan. Perjuangan membina Malaysia yang lebih gemilang berpaksikan prihatin, bersih dan stabil tidak akan terhenti hari ini,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Main naratif judi, Anwar dan Zahid berharap dapat tipu rakyat lagi?
2 jam lalu· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
8 jam lalu· Politik
Dulu kritik PM jadi Menteri Kewangan, sekarang Rafizi kata boleh pula
21 jam lalu· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
22 jam lalu· Rencana
Popular
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
December 5, 2022
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
December 5, 2022
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
December 6, 2022
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO tangguh PAU 2022, tak sempat hantar kad jemputan kepada DAP?
7 jam lalu · Politik
Media Indonesia perlekeh ‘reformasi’ dicanang Anwar selepas lantik kluster mahkamah
12 jam lalu · Politik
Kabinet Anwar beri ‘kejutan biadab’ terhadap masyarakat sivil: SUARAM
15 jam lalu · Politik
Segerakan juga siasat pemimpin PH main isu sensitiviti umat Islam: Hadi
16 jam lalu · Politik
MP PKR malu, tertipu bila Anwar bersekongkol dengan kleptokrat
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] PDRM perlu adil, segera siasat PH sentuh Islam
4 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Muhyiddin di ceramah Grand Finale PRK Padang Serai
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok