Gelar diri ‘pengemis’, Idris tak pertahan kerusi DUN Sungai Udang

October 22, 2021 · Politik

Selepas menjadi punca kejatuhan kerajaan Melaka, Datuk Seri Idris Haron hari ini mengambil keputusan untuk tidak mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Idris yang turut menggelarkan dirinya sebagai ‘pengemis’ berkata, kerusi DUN itu sebaliknya akan diserahkan kepada anak tempatan.

Bagaimanapun, beliau yang pernah menjadi Ketua Menteri Melaka menyatakan kesediaan untuk bertanding di mana-mana kerusi DUN memandangkan tidak terikat dengan parti politik.

“Tentunya, jika tidak ada masalah saya akan pilih untuk bertanding di kerusi DUN lain, pengemis tidak boleh memilih,” kata Idris lapor Astro Awani. 

Selain itu, Idris memberitahu, beliau bersama tiga bekas ADUN lain- Datuk Nor Azman Hassan,  Datuk Norhizam Hassan Baktee dan Datuk Noor Effandi Ahmad telah bertemu dengan ramai pemimpin parti politik. 

Namun sehingga hari ini, katanya, mereka belum membuat sebarang permohonan untuk menyertai mana-mana parti.

“Kami belum mengemukakan permohonan kepada mana-mana pihak, kami telah bertemu dengan banyak pemimpin parti dan mereka menerima kami dan sangat menyokong perjuangan kami.

“Semuanya mendorong kami untuk terus maju dan tidak terburu-buru dalam membuat keputusan,” jelas Idris.

Mengenai peluang untuk memenangi PRN dan sekali gus membentuk kerajaan negeri, beliau berkata, kerjasama secara kolektif perlu dilakukan oleh 15 bekas ADUN di bawah Pakatan Harapan (PH).

“Memenangkan kembali negeri Melaka adalah amat penting… ia seharusnya memerlukan kerjasama kolektif, bukan perseorangan, 15 bekas ADUN diperlukan untuk bentuk kerajaan.

“Buat masa ini, kita tunggu sehinggalah kita melintasi jambatan itu,” katanya lagi. 

Semalam, Majlis Presiden PH dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa PH tidak akan menyenaraikan Norhizam Hassan sebagai calon di bawah gabungan itu dalam PRN Melaka pada 20 November depan selepas diasak oleh DAP. 

Berita berkaitan
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
18 jam lalu· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok