Gagal jawab skandal Invoke, Rafizi buat persepsi Latiff budak sekolah

November 9, 2022 · Politik

Selepas dikritik hebat selain rakyat mula sedar kegagalannya menjawab soalan sebaliknya mencari salah orang lain, Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mula menggunakan ungkapan memperlekehkan pemimpin yang diserangnya.

Permainan ‘politik persepsi’ yang sensasi oleh pemimpin PKR itu turut digunakan terhadap Menteri Sumber Asli dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, untuk tujuan memburuk-burukkan keperibadian seseorang, seolah-olah dia sendiri adalah bersih.

Ini berlaku tatkala kempen Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) semakin rancak, dengan media arus perdana turut memberi publisiti kepadanya dan menyebarkan dakwaan palsu itu.

Terbaharu, calon yang bersekongkol dengan DAP mewakili Pakatan Harapan (PH) itu yang hanya pandai berkata-kata dan bermain politik persepsi, menyifatkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Sr Abdul Latif Ahmad sebagai ‘budak sekolah’, sebagaimana dilaporkan Berita Harian hari ini (9 November 2022).

Ungkapan ‘budak sekolah’ itu digunakan sebagai senjata ‘politik persepsi’ bagi memperlekeh Abdul Latiff, setelah dia sendiri gagal menjawab persoalan yang dibangkitkan berkaitan kekayaan berjumlah RM18.85 juta dikumpulnya sejak menceburi politik dan menubuhkan sebuah syarikat tidak berasaskan keuntungan.

Ia susulan tindakan Abdul Latiff yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu mempersoalkan Invoke yang tidak berasaskan keuntungan, tetapi Rafizi sendiri mengumpul kekayaan sehingga RM16.7 juta, daripada syarikat itu.

“Rafizi jangan marah saya… masa (kan) calon Pandan yang bijak ini berbohong pasal LCS dan Zainab… Saya tak marah pun…,” kata Abdul Latiff dlaam kenyataan ringkasnya.

Abdul Latiff yang tidak mempertahankan kerusi Parlimen Mersing dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) turut memuat naik ilustrasi berkenaan ‘Skandal Invoke’ yang melibatkan Rafizi.

Antara lain, ilustrasi itu menggesa Rafizi menjawab persoalan yang melingkari Skandal Invoke, bukannya mengalihkan kepada cerita lain, termasuk pendapatannya ketika bertugas di Petronas.

Ilustrasi itu mencatatkan:

“Raja putar alam dan kaki fitnah cuba pusing cerita. Yang rakyat persoal bagaimana dia ada saham RM16.7 juta dalam Invoke. Sedangkan Invoke bukan entiti bermotifkan keuntungan.

“Sudahlah cerita Invoke jual data rakyat tak dijawab, sekarang pusing cerita lain pula. Ke takut kantoi?”

Sebelum ini, seorang pemimpin PKR Datuk Mohd Rashid Hasnon turut mempertikaikan kekayaan Rafizi sambil mempersoalkan adakah pemimpin muda PKR itu mengumpul aset hasil daripada derma dan sumbangan orang ramai kepada Invoke.

Mohd Rashid berkata:

“Invoke ditubuhkan oleh Rafizi kononnya untuk kepentingan awam. Invoke telah merayu dan menerima sokongan orang ramai melalui beberapa cara kutipan dana.

“Adakah Rafizi bersetuju Invoke menerima sokongan awam termasuk melalui beberapa cara kutipan dana walaupun beliau telah memasukkan wang beliau sendiri?

“Adakah Rafizi bersetuju bahawa saham Invoke yang kini bernilai berjuta-juta ringgit adalah sebab sokongan orang ramai dan publisiti terhadapnya untuk mendapatkan pilihan raya yang adil.”

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
2 jam lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
2 jam lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
13 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
14 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
1 jam lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
13 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
17 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
19 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
19 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
19 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok