Gagal jatuhkan Hajiji, kini Shafie dan Bung Moktar gesa tubuh kerajaan perpaduan Sabah

January 10, 2023 · Politik

Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Presiden Parti Warisan (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini menyokong penuh langkah mewujudkan Kerajaan Perpaduan di peringkat negeri.

Kedua-dua Bung Moktar dan Shafie yang merancang menjatuhkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor sebelum ini menemui jalan buntu selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menyokong langkah tersebut.

Bung Moktar yang juga Timbalan Ketua Menteri berkata, langkah mewujudkan Kerajaan Perpaduan di peringkat kerajaan negeri itu dilihat mampu meredakan suhu politik dan menstabilkan situasi politik di Sabah ketika ini.

“Saya juga berharap agar Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dapat menerima dengan hati terbuka saranan daripada Perdana Menteri demi menjamin kepentingan dan kesejahteraan rakyat Sabah,” katanya.

Jumaat lepas, Bung Moktar mengumumkan pendirian UMNO dan BN Sabah menarik sokongan terhadap Hajiji susulan hilang kepercayaan terhadap kedudukan beliau sebagai Ketua Menteri selain perjanjian antara BN dan Perikatan Nasional telah dilanggar.

Malam tadi, Anwar selepas mengadakan pertemuan dengan pemimpin Sabah di sini berkata, beliau memberi restu kepada Hajiji untuk kekal sebagai Ketua Menteri selain mahu kerajaan negeri kukuh di bawah kepimpinan Hajiji.

Mengenai Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini melibatkan pembentangan usul penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas, Bung Moktar dan Shafie berkata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kedua-dua parti itu menyokong penuh pembentangan Rang Undang-undang Bekalan Gas 2023.

Bagaimanapun, Bung Moktar menjelaskan beliau bersama sebahagian besar ADUN BN daripada UMNO tidak dapat hadir kerana ke Kuala Lumpur bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO.

Shafie berkata ketidakhadiran ADUN Warisan pada persidangan itu pula atas sebab perlunya menubuhkan secepat mungkin sebuah Jawatankuasa Khas bagi menentukan kepimpinan Kerajaan Perpaduan Sabah seperti yang dibincangkan dalam pertemuan dengan Anwar malam tadi.

Kerajaan Sabah hari ini akan membentangkan usul bagi menerima penyerahan kuasa kawal selia bekalan gas daripada kerajaan Persekutuan pada Persidangan Khas DUN.

Pada 21 Dis lepas, Anwar mengumumkan kerajaan Persekutuan bersetuju memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri dan perkara itu dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menghormati Perjanjian Malaysia 1963.

Perhimpunan Agung UMNO 2022 akan berlangsung bermula esok hingga 14 Jan di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

— BERNAMA

 

TAG: Sabah, politik, kerajaan perpaduan, bekalan gas, Bung Moktar Radin

FBR ERE ZUZ

Tuesday , 10 January 2023

Berita berkaitan
Mangsa banjir di Sabah kekal, Johor menurun
February 6, 2023· Isu semasa
Banjir landa Kedah selepas Johor dan Sabah
February 3, 2023· Isu semasa
Mangsa banjir meningkat di Sabah, Johor kekal
February 3, 2023· Isu semasa
Prof Agus dahulu tolak tawaran Anwar kini dilantik Pengarah J-KOM baharu
February 2, 2023· Isu semasa
Popular
KJ, Annuar, Noh bakal sertai PAS?
February 7, 2023
Sertai Bersatu, tawan Selangor atau Negeri Sembilan, KJ boleh jadi MB
February 8, 2023
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
February 8, 2023
MT tolak maklumat agensi kata UMNO kalah jika PRU-15 awal
February 8, 2023
Lagi Politik terkini
Aminuddin bimbang KJ mungkin tanding PRN Negeri Sembilan
32 minit lalu · Politik
Bila jembalang jadi rakan, Melayu bangkit pertahan agama, bangsa
3 jam lalu · Politik
SPRM boleh siasat akaun bank parti tapi jangan bersifat politik: PAS
3 jam lalu · Politik
Dulu lantang kini diam, MUDA bidas pemimpin PH isu kapal tempur
5 jam lalu · Politik
MUDA kecil hati tak dijemput ke mesyuarat di pejabat UMNO, tapi logo di poster ada
6 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Kedah buru sindiket jual tanah, penerima geran jangan tamak
12 jam lalu
[VIDEO] 505 peneroka Pendang akan terima geran tanah
14 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok