Gagal dapat sokongan, Zahid merayu MP UMNO supaya insaf

August 11, 2021 · Politik

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi merayu kepada Ahli Parlimen (MP) UMNO yang berada dalam kem satu lagi menentangnya supaya insaf, ia selepas difahamkan Presiden UMNO itu gagal mendapatkan sokongan mereka.

Zahid berkata kumpulan MP UMNO tersebut jangan lupa tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat perlu untuk menjaga rakyat dan memihak kepada rakyat, walhal diketahui umum Zahid sedang berkomplot dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

“Nasihat saya insafilah kewajipan dan tanggungjawab kita sebagai wakil rakyat. Wakil rakyat yang bermaksud wakil kepada rakyat. Bukan wakil kepada mereka yang gagal menjaga rakyat.

“Ingatilah juga kewajipan kita sebagai wakil rakyat dari UMNO iaitu sentiasa memihak kepada rakyat, mengutamakan rakyat dan mementingkan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan.

Ujarnya, gesaan Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan supaya semua pihak dalam parti perlu kembali diharmonikan bagi mengelak kemelut dalaman berpanjangan dalam parti.

“Fahamilah juga pesanan Timbalan Presiden UMNO hubungan di antara Ahli MT (Majlis Tertinggi) UMNO Malaysia dan Ahli Parlimen UMNO mestilah diharmonikan demi kepentingan parti dan negara.

“Sebagai Ahli Parlimen UMNO kita sewajarnya lebih terkesan dengan kegagalan itu kerana rakyat yang menderita termasuk ahli-ahli UMNO sendiri,” ujarnya.

Baru-baru ini, UMNO mendedahkan Surat Akuan 14 MP yang sudah dihantar kepada Yang di-Pertuan Agong. Jadi, ia sekaligus juga mengesahkan hanya minoriti sahaja yang bersama dengan kem Zahid untuk menjalinkan kerjasama dengan Anwar.

Bagaimanapun, kumpulan 14 MP tersebut perlu berwaspada supaya yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Anwar dan DAP mungkin boleh berkompromi untuk menyelamatkan Zahid dan Najib tapi ia belum pasti dalam isu melibatkan pembahagian jawatan Menteri dan Timbalan Menteri.

Oleh sebab itu, 14 MP UMNO tersebut perlu berhati-hati dan selagi tidak ada perjanjian hitam putih atas meja, selagi itu lah pelbagai kemungkinan boleh berlaku.

Jangkaan Agenda Daily, UMNO mungkin hanya akan sekurang-kurangnya diberikan 3 jawatan Menteri dan 5 Timbalan Menteri, ia bagaimanapun bukan portfolio yang penting dan kegagalan untuk membawa lebih ramai MP untuk menyeberang bersama hanya akan menyebabkan mereka akan lebih mudah dibuli.

Jika sebelum ini UMNO dominan dalam kerajaan PN, tetapi jangan mengharapkan perkara sama berlaku dalam kerajaan baharu bersama Anwar, silap-silap hanya jawatan Pengerusi dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) sahaja layak diberikan.

Fikirlah sebelum terlajak membuat keputusan kerana masa depan UMNO adalah lebih mustahak daripada masa depan segelintir individu yang mempunyai kepentingan peribadi.

Berita berkaitan
Pengerusi PAC bidas Najib tak semak fakta pertikai laporan kapal tak siap
3 jam lalu· Isu semasa
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
4 jam lalu· Politik
PAS gesa pesalah skandal kapal tak siap dibawa ke muka pengadilan
11 jam lalu· Isu semasa
Rakyat mahu tahu Menteri mana guna kuasa tukar reka bentuk LCS
18 jam lalu· Isu semasa
Popular
Isu 1MDB dahulu Najib juga nafikan, akhirnya didakwa di mahkamah
August 8, 2022
Isu kapal LCS, Rafizi beri amaran Najib akan kena kali ini
August 7, 2022
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
August 7, 2022
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
August 7, 2022
Lagi Politik terkini
PN sahkan masih sokong PM, tidak timbul isu tarik sokongan: Annuar
17 jam lalu · Politik
MP Puncak Borneo beri penjelasan tukar parti baharu, demi pengundi
19 jam lalu · Politik
Lima kawasan di Perak jadi sasaran untuk ditandingi Warisan pada PRU-15
19 jam lalu · Politik
PN beri komitmen sokong PM sehingga diadakan PRU-15: Ronald
19 jam lalu · Politik
PRU-15 November: Laporan
August 7, 2022 · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
2 jam lalu
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok