Gabungan politik baharu Dr Mahathir guna simbol obor, bawa cahaya kepada rakyat

September 6, 2022 · Politik

Sebuah gabungan politik baharu yang diketuai Tun Dr Mahathir Mohamad akan menggunakan simbol obor bagi menghadapi pilihan raya umum ke-15 (PRU-15) nanti.

Ketua Setiausaha Gerakan Tanah Air (GTA), Datuk Marzuki Yahya berkata simbol tersebut dipilih sebagai simbolik perjuangan gabungan itu yang akan membawa cahaya kepada rakyat untuk memilih mereka pada pilihan raya nanti.

“Ini bukan imej keris tetapi bentuk obor dengan ada api di atasnya menyala marak sebagai simbol GTA membawa cahaya kepada seluruh rakyat,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Hari ini, GTA menyerahkan permohonan penubuhan gabungan itu secara rasmi yang ditubuhkan 4 Ogos lalu di ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS).

Antara yang hadir ialah Presiden Parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Presiden Parti Putra, Datuk Ibrahim Ali

Turut serta ialah Presiden Berjasa, Zamani Ibrahim dan Parti Iman, Datuk Mohammed Mosin Abdul Razak.

Mengulas lanjut, Marzuki yang juga Timbalan Presiden Pejuang berkata, logo itu belum pun pernah digunakan mana-mana parti termasuk calon bebas dalam pilihan raya di negara ini.

“Alhamdulillah, respons dalam pertemuan dengan Ketua Pengarah RoS, Mohd. Nawardi Saad juga amat baik dan beri jaminan proses kelulusan dijangka dalam tempoh 30 hari,” katanya.

Beliau turut membaca perutusan khas Pengerusi Penaja GTA, Dr Mahathir yang tidak dapat hadir kerana masih dikuarantin susulan jangkitan Covid-19 pada minggu lalu.

Bekas perdana menteri itu mendakwa bahawa tindakan mereka mendaftarkan GTA sebagai gabungan politik adalah bagi melayakkan blok tersebut dapat bertanding sah pada PRU-15.

Langkah itu perlu dilakukan berdasarkan peruntukan undang-undang meskipun GTA ujarnya, merupakan gerakan rakyat dengan gabungan empat parti siasah berteraskan Melayu Islam.

Justeru, tokoh veteran berusia 97 tahun itu berhasrat untuk memastikan GTA dapat menang pada PRU-15 agar dapat membetulkan agenda politik semasa yang didakwa penuh korupsi.

Pada masa sama, GTA akan berusaha sebaik mungkin mengangkat suara orang Melayu dan meletakkan pemimpin terbaik untuk mentadbir negara ini bebas amalan yang tidak berintegriti.

“Bagaimanpun, setakat ini kami belum ada bincang untuk kerjasama dengan mana-mana blok sama ada Perikatan Nasional (PN) atau Pakatan Harapan (PH) untuk PRU-15,” kata Marzuki.

Sebaliknya, beliau yang juga antara empat Timbalan Pengerusi Penaja GTA itu amat optimis permohonan blok tersebut sepatutnya tiada pun masalah besar untuk dapat diluluskan segera.

Menyentuh mengenai isu pembahagian kerusi pula, beliau berkata, perkara itu berjalan lancar dan mereka turut mengadakan beberapa kali mesyuarat penyelarasan untuk tujuan tersebut.

Ia ujarnya, sekali gus akan memastikan empat parti komponen GTA tidak bertembung sesama sendiri pada PRU-15 walaupun akan berdepan calon dari PH, PN dan Barisan Nasional (BN).

Berita berkaitan
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023· Politik
Zahid sahkan Noraini dilantik Pengerusi RISDA baharu
March 26, 2023· Politik
Bila DAP nak ada Setiausaha Agung orang Melayu pula?
March 22, 2023· Politik
Rakyat lihat lantikan Asyraf sebagai habuan politik, kata Shahril
March 14, 2023· Politik
Popular
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
March 30, 2023
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
March 30, 2023
AJK UMNO Bahagian Tangga Batu tak iktiraf Rais Yasin ketua baharu
March 30, 2023
Krisis KM Melaka: Sulaiman menangis tapi tak sedih lepas kerusi
March 30, 2023
Lagi Politik terkini
PAS kata PRN masa sesuai PH, DAP putuskan terus nyawa UMNO
2 jam lalu · Politik
Adakah Najib akan dibebaskan esok semasa pentadbiran kerajaan campuran?
11 jam lalu · Politik
PH setuju tubuh kerajaan campuran UMNO-PH Melaka
13 jam lalu · Politik
Larangan terhadap MB Kedah: PH-BN bawa landskap politik lapuk
14 jam lalu · Politik
Ketua Pemuda UMNO pula sindir Exco Melaka isu kerajaan ‘tebuk atap’
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Machang tak buat laporan polis, dakwaan Jelutong berniat jahat
March 29, 2023
[VIDEO] Bantah bahasa Inggeris dalam RUU, Besut digantung tiga hari
March 29, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok