Fitnah kad pengenalan 2017, Dr Mahathir mahu Zahid minta maaf atau disaman

May 17, 2022 · Politik

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kata dua kepada Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya meminta maaf berhubung fitnah kad pengenalannya yang dibuat pada 2017 atau berdepan tindakan saman.

Mantan Perdana Menteri itu jarang mengancam musuh politiknya dengan tindakan saman meskipun dikecam atau dikritik, bagaimanapun kali ini Dr Mahathir mengungkit kembali fitnah dibuat Zahid semasa menjadi Menteri Dalam Negeri berhubung status kewarganegaraannya.

“Saya cabar Zahid untuk tunjuk bukti tentang identiti saya yang pertikai diri status bangsa saya sebagai orang Melayu.

“Jika dia tidak meminta maaf dan menarik balik fitnah itu, saya akan ambil tindakan mahkamah,” katanya dalam kenyataan.

Dr Mahathir juga menyifatkan kenyataan Zahid semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri itu sebagai “memualkan”.

Zahid pada Julai 2017, menunjukkan gambar didakwa salinan kad pengenalan Dr Mahathir, yang menurutnya memaparkan namanya sebagai “Mahathir a/l Iskandar Kutty“.

A/L adalah singkatan kepada “anak lelaki” yang biasa diguna pakai sesetengah kaum, termasuk India.

Kutty ialah nama dalam bahasa Tamil.

Nama Melayu menggunakan gelaran ‘bin’ atau ‘binti’, istilah Arab yang merujuk kepada anak lelaki atau anak perempuan.

Namun, Dr Mahathir mengaku mempunyai darah India tetapi menegaskan namanya dalam kad pengenalan menggunakan bin, bukan anak lelaki.

“Mengikut takrifan perlembagaan Malaysia (Perkara 160) saya Melayu dan perjuangan saya adalah untuk pertahan kepentingan bangsa saya.

“Ibu dan bapa saya dilahirkan di Tanah Melayu sebelum merdeka dan kami semua beragama Islam. 

“Sejak kecil, pertuturan keluarga saya di rumah adalah Bahasa Melayu serta adat yang kami amal adalah adat Melayu,” katanya lagi.

Menyifatkan Zahid sebagai seorang pembohong tegar, Dr Mahathir mendakwa Zahid mempunyai niat untuk memburukkan dirinya semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-14 lalu.

“Sebelum ini saya tidak gemar mengguna mahkamah walau ramai yang memfitnah saya kerana saya sedar di dalam kempen politik akan ada yang bertindak di luar batas dan had.

“Tetapi kali ini saya merasa perlu bertindak kerana sikap pembohong Zahid ini amat memualkan dan tidak boleh dibiar begitu sahaja. 

“Ia bukan saja kerana ia merosakkan reputasi saya tetapi penipuannya kepada penyokong UMNO dan orang Melayu lain demi untuk dia mahu kekal berkuasa amat merbahaya,” katanya. 

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024· Politik
Popular
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tindakan beku akaun bermotif politik nak lemahkan PN hadapi PRN: Tuan Ibrahim
February 2, 2023
Hasrat MUDA sertai PH terus dapat tentangan pemimpin PKR
September 10, 2022
Guna isu banjir elak PRU awal, Zahid kata pembangkang munafik
September 29, 2022
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok