Firma peguam Najib nafi tarik diri jika perbicaraan rayuan SRC diteruskan

August 12, 2022 · Politik

Susulan laporan media berhubung isu peguam Datuk Seri Najib Razak akan menarik diri daripada perbicaraan SRC international Sdn Bhd pada Isnin ini, firma baharu yang dilantik mewakili bekas Perdana Menteri itu tampil menafikan laporan berhubung isu tersebut.

Firma Guaman Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners dalam kenyataan memberitahu tidak akan menarik diri daripada mewakili Najib dan bersedia untuk berdepan perbicaraan di Mahkamah Persekutuan nanti.

“Kami memberikan fokus kepada prinsip perlembagaan, kedaulatan undang-undang, prinsip keadilan semula jadi dan isu undang-undang dan fakta spesifik dalam permohonan untuk perbicaraan semula. 

“Kami bersedia untuk meneruskan dengan usul perbicaraan semula pada prosiding Isnin ini,” kata Datuk Mohd Zaid Ibrahim mengulas lanjut berhubung dakwaan tersebut.

Zaid juga menafikan dakwaan yang dilemparkan kononnya langkah mengambil kes untuk membela Najib adalah disebabkan bermotifkan upah ditawarkan kepada firmanya selepas kritikan Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin yang menyatakan peguam mengambil kes di saat-saat akhirnya adalah bermotifkan wang.

“Jawapan kepada perkara itu adalah saya menyuruh pengkritik untuk membandingkan kes ini dengan kes berprofil tinggi yang lain.

“Tidak dapat dinafikan bahawa kes ini mengambil masa yang kurang untuk sampai ke tahap ini. Pengkritik yang angkuh akan tahu kes siapa yang saya maksudkan,” katanya lagi.

Selain itu, Zaid juga mempertahankan langkah diambil Najib kerana ia pertama kali barisan peguam ditukar bagi menggantikan khidmat Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

“Sebagai peguam, adalah menjadi tugas kami untuk mewakili kes anak guam dengan sebaiknya.

“Jangkaan sah Najib adalah beliau akan mendapat perbicaraan penuh dan adil di Mahkamah Persekutuan. Oleh itu, tugas kami sebagai peguam bela adalah untuk membolehkan proses itu,” ujarnya lagi.

Terdahulu, media pada Rabu lalu melaporkan peguam daripada Tetuan Zaid Ibrahim Suflan TH Liew & Partners (ZIST) dan Tetuan Hisyam Teh, tidak bersedia untuk meneruskan rayuan berkenaan kerana ia membabitkan isu penting dan memerlukan masa untuk persediaan kerana ia bukan rayuan biasa.

Oleh itu, jika mahkamah tetap mahu prosiding rayuan utama diteruskan pada Isnin ini, peguam terbabit tidak mempunyai pilihan selain menarik diri daripada mewakili bekas perdana menteri itu.

Difahamkan, perkara itu dimaklumkan kepada Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Wan Fatimah Zahara Wan Yusoff dan Siti Hajar Mustaffa semasa pengurusan kes di hadapan mereka yang dijalankan secara dalam talian pada Rabu lalu.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari mulai 15 Ogos untuk mendengar rayuan terakhir Ahli Parlimen Pekan itu untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara atas penyelewengan RM42 juta dana SRC International.

Berita berkaitan
Firdaus Wong lihat tangkap layar mesej lucah didakwa dihantar Ebit Lew
September 30, 2022· Isu semasa
Kes saman serangan seksual, Yusoff Rawther fail rayuan
September 30, 2022· Politik
AS$600 juta masuk dalam akaun Najib boleh jejas nilai ringgit, kata saksi kes 1MDB
September 29, 2022· Isu semasa
Pendakwaan mohon hukuman penjara ditambah 3 bulan terhadap Lokman
September 29, 2022· Isu semasa
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
4 faktor Agong boleh tolak nasihat PM bubar Parlimen: Pensyarah
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
‘Top 5’ UMNO kumpulan oligarki, kata Ahli Parlimen pembangkang
6 jam lalu · Politik
Warisan mula serang DAP, PKR: Shafie dakwa janji PH tak ditepati
6 jam lalu · Politik
Santhara, Xavier sertai PBM
8 jam lalu · Politik
Rakyat digesa mohon Agong tidak perkenan bubar Parlimen tahun ini
8 jam lalu · Politik
Ini sebab mengapa UMNO, BN pilih PRU-15 musim tengkujuh, banjir
9 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
October 1, 2022
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
October 1, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok