Fikirkan nasib negara jika diperintah semula BN, PH: Nasihat Muhyiddin

November 14, 2022 · Politik

Menjelang hari pengundian awal bagi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang akan berlangsung esok, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sempat menyentuh soal nasib negara apabila jatuh ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Katanya, seluruh negara telah menyaksikan kesannya selama ini ketika dikuasai UMNO dan Pakatan Harapan (PH).

“Memperingatkan juga masalah kalau negara ini jatuh ke tangan pihak yang tak boleh dipertanggungjawabkan termasuklah kalau di sini ialah kalau jatuh kepada UMNO tahulah apa kesannya.

“Kalau jatuh pada Pakatan Harapan 22 bulan tahulah apa musibahnya.

“Kita tak cerita dongeng, kita cakap ikhlas kerana niat kita ialah untuk membentuk sebuah kerajaan yang boleh dipercayai, yang boleh membantu semua kumpulan masyarakat dalam negara kita,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat khas PN, hari ini (14 November 2022).

Menyentuh soal sambutan terhadap PN setakat ini, beliau akui penerimaan amat memberangsangkan lebih-lebih lagi selepas manifesto PN yang komprehensif dan inklusif diumumkan.

“Tawaran PN mencakupi semua bidang daripada ekonomi, pendidikan, luar bandar, kesihatan, wanita. anak muda yang. Ini telah menarik perhatian ramai.

“Antara contoh yang agak mereka suka ialah apabila kita umumkan untuk menawarkan KWSP bersasar. Itu komitmen kita. Kemudian tentang tawaran sejuta pekerjaan, langkah-langkah yang kita akan buat untuk membantu industri kecil dan sederhana termasuklah pelaksanaan moratorium.

“Serta langkah-langkah lain supaya sektor ekonomi kecil, mikro kecil dan sederhana ni dapat dirancakkan semula dalam usaha untuk memulihkan ekonomi kita,” katanya.

Selain itu, beliau turut menyentuh soal beberapa perkara lain yang dilihatnya mendapat penerimaan baik daripada rakyat negara ini.

“Untuk belia khususnya kita menawarkan bantuan untuk mereka ke universiti RM1,000. Di samping kita menyediakan skim mikro untuk tempat tinggal bagi belia yang belum berkahwin.

“Infrastruktur Sabah dan Sarawak juga tidak kita tinggalkan. Kita akan terus laksanakan apa yang disebutkan sebagai Perjanjian MA63 (Perjanjian Malaysia 1963).

“Tawaran kita kepada wanita juga begitu termasuk soal untuk membangunkan usahawanita, usaha untuk membantu supaya wanita boleh balik bekerja menyediakan tempat untuk anak-anak mereka itu, tempat penjagaan anak-anak disediakan,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Tanda rakyat tolak penipuan kerajaan campuran PH-BN, kata Muhyiddin
42 minit lalu· Politik
Mesej jelas rakyat tolak kerajaan campuran dan Kabinet kleptokrat: Azman
52 minit lalu· Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
12 jam lalu· Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
13 jam lalu· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
December 7, 2022
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
Perkahwinan politik PH-BN, UMNO mendapat laba besar dan DAP perlu akur
9 minit lalu · Politik
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
11 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
16 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
17 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
18 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
18 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
December 7, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok