Felda, Felcra dibangunkan semula jika Perikatan Nasional memerintah

November 18, 2022 · Politik

Kerajaan Perikatan Nasional sepatutnya telah melaksanakan beberapa projek pembangunan di tanah rancangan Felda dan Felcra, setelah krisis kesihatan akibat Covid-19, mereda.

Namun, rancangan itu tidak dapat dilaksanakan apabila berlaku krisis politik di mana UMNO dan Barisan Nasional (BN) mengkhianati sokongan kepada Perikatan Nasional hingga kerajaan bertukar, kata bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Kesungguhan kerajaan ketika itu hendak membangunkan Felda bagaimanapun tergendala seketika akibat pergolakan politik selain krisis kesihatan Covid-19 sehingga memaksa saya melepaskan jawatan.

“Keadaan itu menyebabkan banyak perancangan pembangunan Felda yang sudah diatur tidak dapat diteruskan,” katanya dalam kenyataan hari ini (18 November 2022) selepas perjumpaan dengan peneroka Felda dan Felcra di Parlimen Pagoh dan Parlimen Sekijang.

Sehubungan itu, Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional berharap rakyat akan membuat pilihan tepat dengan memilih Perikatan Nasional bagi meneruskan segala perancangan pembangunan untuk Felda dan Felcra yang masih belum selesai.

Lebih 21.1 juta pemilih layak membuang undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), esok (19 November 2022).

Muhyiddin yang bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Pagoh berkata memberi jaminan Program Pembangunan Perumahan Generasi Muda Felda yang terbengkalai akan disambung semula, jika Perikatan Nasional berjaya membentuk kerajaan.

Ini, katanya, sejajar dengan Tawaran Perikatan Nasional PN Best yang memberi perhatian khusus kepada pembangunan warga Felda.

“Perikatan Nasional juga berazam memperkenalkan skim bantuan usahawan bagi menarik lebih ramai anak muda menceburi perniagaan selain menambah baik infrastruktur asas termasuk capaian internet dan rumah mampu milik.

“Menjelang pilihan raya yang hanya berbaki satu hari lagi, suka saya mengingatkan tuan puan sekalian, pilihlah kerajaan yang sedia bersama rakyat dalam waktu susah dan senang.

“Perikatan Nasional adalah yang terbaik dengan rekod pentadbiran berjaya sepanjang tempoh negara berhadapan cabaran,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
11 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
21 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
22 jam lalu· Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
22 jam lalu· Politik
Popular
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
13 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
14 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
16 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
17 jam lalu · Politik
Kerajaan kuat saman, pengguna media sosial bidas PM-10 cepat koyak
December 8, 2022 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
15 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok