Felda bukan lagi simpanan tetap UMNO, BN: Tuan Ibrahim

October 28, 2022 · Politik

Warga Felda sudah berubah dan kawasan rancangan tanah Persekutuan berkenaan tidak boleh lagi dianggap simpanan tetap mana-mana parti pada Pilihan Raya Umum (PRU), kata Timbalan Presiden PAS Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, menjelang PRU-15, pada 19 November depan.

Beliau berkata generasi kedua dan ketiga Felda sudah menerima banyak pendedahan maklumat, tidak lagi hanya fokus kepada satu parti.

“Pada 1999 (PRU), saya bertanding di Felda Jengka, Pahang. Ada 10 peti undi, sembilan daripada peti itu Felda semua. Alhamdulillah, saya menang ketika itu dan banyak lagi kawasan.

“Saya fikir situasi sudah berubah, generasi kedua dan ketiga banyak terima maklumat dan tidak lagi fokus hanya kepada satu parti. Saya fikir Felda bukan lagi ‘fixed deposit’ (simpanan tetap) buat UMNO buat masa ini,” katanya menurut BH.

Tuan Ibrahim yang juga Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Karnival KASA 2022 @Kubang Kerian Sejahtera di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong, di Kota Bharu, hari ini.

Mengenai desas-desus beliau akan meninggalkan kerusi Parlimen Kubang Kerian disandangnya untuk bertanding di Pahang, menteri berkenaan berkata, keputusan itu terserah kepada pucuk pimpinan.

“Kita serah kepada parti untuk buat keputusan dan saya difahamkan waktu ini ada mesyuarat akhir.

“Hati saya jatuh cinta dengan Kubang Kerian, tapi apa yang penting, kita laksanakan apa yang diamanahkan dengan penuh tanggungjawab, tunggu pengumuman nanti,” katanya.

Terdahulu, Setiausaha Agung PN Datuk Seri Hamzah Zainudin yakin gabungan itu boleh menang di semua kerusi yang majoriti pengundinya adalah peneroka Felda dalam PRU-15 bulan depan.

Ini berdasarkan keyakinan bahawa Kerajaan PN di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini, telah membebaskan peneroka Felda daripada hutang yang tertunggak sejak zaman UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Menurutnya peneroka Felda sekarang ini bukan lagi deposit tetap UMNO dan BN, malah mereka telah sedar pemimpin mana yang membantu mereka selama ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
10 jam lalu· Politik
Terbukti sudah, demi kuasa dan kemaruk nak jadi PM prinsip pun dicampak 
22 jam lalu· Politik
Lantik menteri ada kes mahkamah, kerajaan sekarang sudah songsang: Sanusi
22 jam lalu· Politik
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
10 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
10 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
10 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
14 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok