Faktanya, Pakatan Harapan tawan Putrajaya semasa Anwar dalam penjara

August 25, 2021 · Politik

Selepas gagal sekali lagi Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha untuk menjadi Perdana Menteri (PM), blok pembangkang kini bergelora apabila suara-suara akar umbi yang semakin tidak mempercayai Presiden PKR tersebut.

Akar umbi memiliki asasnya untuk menolak Anwar kerana faktanya kejayaan Pakatan Harapan (PH) menawan Putrajaya adalah semasa Ketua Pembangkang itu berada dalam penjara, gerakan pembangkang tersusun kerana ketua yang mengemudi bahtera bukan Anwar.

Untuk rekod, keberadaan Anwar dalam penjara memberi kelebihan kepada Tun Dr Mahathir Mohamad untuk mengatur strategi menumbangkan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama dalam sejarah negara.

Jadi apa bezanya Anwar mengetuai PH dengan Dr Mahathir mengetuai PH?

Terlalu besar jurang perbezaan cara Anwar menggepalai PH, namun boleh disimpulkan strategi paling bodoh yang diaturnya adalah bersekongkol dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dr Mahathir tidak akan sesekali berkomplot dengan kumpulan kleptokrat semata-mata untuk menumbangkan musuhnya, berbeza dengan Anwar yang sanggup mempercayai anak muridnya hanya semata-mata mahu menjadi PM.

Prinsip dan integriti Dr Mahathir jauh lebih tinggi berbanding Anwar, namun difahami umum kerana terdesak untuk mengejar cita-citanya semua sanggup digadaikan dan kini pembangkang dipandang serong oleh rakyat kerana terlalu gelojoh untuk berkuasa sehingga sanggup mengikut telunjuk kumpulan kleptokrat.

Kumpulan Dr Mahathir yang berada di blok pembangkang hanya berbekalkan empat Ahli Parlimen (MP), namun mereka kukuh sebagai satu pasukan dan boleh membuli PH yang jauh lebih banyak kerusi di Dewan Rakyat.

Blok pembangkang PH mungkin cuba menukar naratif dengan mendakwa kononnya berpegang kepada prinsip ketelusan dan integriti, namun realitinya mereka adalah pendukung besar kepada kejayaan kleptokrat kembali berkuasa di Putrajaya.

Apakah Anwar masih cuba menafikan dan cuba memanipulasi bukti-bukti yang jelas didepan mata rakyat beliau adalah pencatur utama yang bekerjasama dengan Zahid dan bekas PM, Datuk Seri Najib Razak?

Di bibir mulut orang ramai sekarang ini adalah bagaimana seorang cikgu boleh ditipu anak muridnya, hampir seantero negara dan mungkin dunia mengetahui kisah ini. Malah, cerita Anwar ditipu Zahid menjadi bahan ejekan dan gurauan dikalangan orang ramai.

Dimana Anwar mahu menyembunyikan perasaan malunya? Anwar mungkin tidak akan mengakui kelemahan dirinya, lebih-lebih lagi ditipu secara depan-depan sebegini.

Lebih malang lagi, Anwar bersama blok pembangkang digambarkan sebagai kumpulan yang gila kuasa dan hanya berebut jawatan PM bukan mahu membela nasib rakyat yang terjejas pendapatan dan kehilangan pekerjaan.

Retorik politik kononnya mahu membela rakyat kini sudah tidak lagi relevan kerana faktanya yang dihidangkan di depan kaca mata umum adalah sikap angkuh dan tamak pemimpin pembangkang.

Peluang yang terhidang untuk membentuk satu corak politik yang lebih matang semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat tawaran secara terbuka di kaca televisyen sudah terlepas, kini dengan tidak malunya pembangkang mendesak supaya tawaran tersebut dihidupkan semula.

Muhyiddin tidak seperti Anwar yang membuat rundingan secara senyap-senyap tidak diketahui umum dengan Zahid dan Najib, malah banyak pertemuan rahsia ketiga-tiga pemimpin itu berlaku tanpa diketahui.

Tawaran dibuat Muhyiddin adalah secara terbuka kerana kejujurannya untuk membawa negara menuju ke arah satu corak politik baharu yang lebih matang dan bertamadun, namun rakyat lebih terpukau dengan retorik Anwar dan Zahid yang secara sepakat menolak ia mentah-mentah.

Bagi Anwar, tiada individu lain yang layak menjadi PM selain dirinya. Itu yang menjadi masalah apabila seorang yang terlalu bercita-cita tinggi sehingga tidak mengukur baju di badannya.

Beberapa kenyataan yang dikeluarkan Majlis Presiden PH beberapa hari ini jelas menunjukkan betapa bebalnya Anwar yang masih bercita-cita untuk menjadi calon PM bagi blok pembangkang.

Berapa banyak lagi peluang yang ingin diberikan kepada Anwar, sudah-sudahlah diperbodohkan begitu sahaja sehingga pembangkang terlupa matlamat yang lebih besar iaitu menjadi semak dan imbang kepada kerajaan bukannya menjadi alat kepada Anwar untuk menjadi PM.

Jika PH mahu sekali lagi mengulangi kejayaan menumbangkan UMNO dan BN, takkan mahu menunggu Anwar masuk penjara sekali lagi baharu sedar diri? Namun, itu mungkin satu-satu cara untuk memberi pengajaran kepada blok pembangkang jika masih berdegil terpukau dengan janji manis Anwar.

Berita berkaitan
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
7 jam lalu· Politik
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
19 jam lalu· Politik
Pemandu bas sekolah dijatuhi hukuman penjara lapan tahun kerana meliwat
20 jam lalu· Isu semasa
Penjelasan kes Zahid lebih kepada retorik politik cikgu dan anak murid
September 20, 2023· Politik
Popular
KJ ungkit kenyataan Azalina ‘peguam negara orang PM’, sindir kes rasuah Zahid
September 20, 2023
Khairy tak rasa bekas Peguam Negara akan beri penjelasan kes Zahid dihentikan
September 21, 2023
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
September 20, 2023
Lagi Politik terkini
Polis ambil keterangan Muhyiddin sekali lagi berhubung kempen PRK
7 jam lalu · Politik
Bekas guru calon PN di PRK DUN Pelangai
7 jam lalu · Politik
Takkan kalah sampai nak sekat peruntukan kepada rakyat, kata MB Terengganu
20 jam lalu · Politik
Kecoh laungan ‘peliwat’ di Dewan Rakyat, Wan Saiful kata Anwar tak layak jadi PM
September 20, 2023 · Politik
Peliwat bergema di Dewan Rakyat, Radzi bidas ‘saya yakin kamu peliwat’ kepada PMX
September 19, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Susah senang bersama, PN tidak akan khianat pengundi sertai kerajaan PH-BN
3 jam lalu
[VIDEO] Rakyat beratur beli beras Rahmah macam negara kita miskin
6 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok