Fadillah harap Dr Mahathir henti berpolitik demi negara

March 5, 2023 · Politik

Jika mahu melihat negara maju ke depan, Datuk Seri Fadillah Yusof berharap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhenti berpolitik demi mengelak kemelut berterusan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof kesal dengan kritikan pedas Dr Mahathir terhadap kerajaan campuran Pakatan Harapan (PH)-UMNO semalam dan sepatutnya beliau memberi cadangan yang membina demi melihat negara stabil dan maju.

“Saya amat menghormati beliau kerana terlalu banyak sumbangannya kepada negara, Tetapi beliau harus memberi memberikan pandangan yang membina.

“Begitu juga orang lain yang tidak berpuas hati. Beri komen yang konstruktif,” katanya dipetik laporan BH.

Fadillah juga mengalu-alukan pandangan Dr Mahathir bagi membantu Kerajaan Perpaduan kerana rakyat mahukan semua pihak bersatu padu untuk membina negara.

Jelasnya lagi, kestabilan yang semakin dikecapi ketika ini mengukuhkan keyakinan ramai pelabur untuk datang ke Malaysia.

“Saya mengesahkan banyak pelabur luar sudah kembali ke Malaysia, termasuk Amazon yang akan membuka pusat data di negara ini,” katanya.

Beliau berkata, itu petanda yang amat baik untuk memulihkan ekonomi negara dan semua pihak harus bersatu padu ke arah itu.

“Kita tidak harus berpolitik lagi kerana kalau banyak sangat berpolitik. Itu yang menyebabkan kita ketinggalan berbanding negara lain di rantau Asia,” ujarnya lagi.

Semalam, Dr Mahathir menyifatkan Kerajaan Perpaduan gagal membawa perubahan besar kepada rakyat, malah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dianggap tidak memberi apa-apa kesan pun untuk negara.

Menurutnya, Kerajaan Perpaduan mengeluarkan kenyataan setiap hari mengenai pelbagai rancangan untuk pembangunan negara, namun tokoh politik berusia 97 tahun berkata, itu hanya cakap kosong.

Berita berkaitan
Kerajaan takut nak bincang lawatan PMX ke Arab Saudi, usul PN ditolak
19 jam lalu· Politik
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
21 jam lalu· Politik
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
21 jam lalu· Politik
Kemboja pelawa Malaysia guna produk buluh tempatan, kata PMX
March 28, 2023· Isu semasa
Popular
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
March 28, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Saya mahu saman Anwar kerana dia sekarang PM, kata Dr Mahathir
March 28, 2023
Tak ada satu negara tak sambut saya, sindir Dr Mahathir kepada PMX
March 28, 2023
Lagi Politik terkini
DAP tegur pemimpin MCA bertindak seperti sekutu Perikatan Nasional
12 jam lalu · Politik
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
15 jam lalu · Politik
Bekas MP DAP dilantik Pengerusi SPAN semula
March 27, 2023 · Politik
Shahidan cadang pasport Rosmah juga dipulangkan sama seperti Zahid
March 27, 2023 · Politik
MCA kecam timbalan menteri DAP gagal jawab soalan di Parlimen
March 27, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Wakil rakyat ada hak, tak salah jatuhkan kerajaan ‘cakap banyak’, kata Mahathir
30 minit lalu
[VIDEO] Mahathir hairan Anwar disambut pegawai rendah di Arab Saudi
10 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok