Facebook Najib sunyi, tiada lagi sindiran tajam menjelang bicara SRC esok

August 22, 2022 · Politik

Tidak seperti kebiasaan, akaun Facebook rasmi Datuk Seri Najib Razak sepanjang hari ini sunyi tanpa sebarang kemaskini status dan sindiran tajam dimuat naik oleh bekas Perdana Menteri itu.

Hantaran terakhir dalam akaun Facebooknya adalah video mengangkat sumpah di Masjid Kampung Baru semalam, bagaimanapun setakat hari ini masih tiada hantaran terbaharu dikemaskini oleh beliau yang akan berdepan prosiding di Mahkamah Persekutuan esok.

Esok merupakan hari penting bagi Najib kerana perbicaraan akhir kes penyelewengan SRC International Sdn Bhd akan bersambung dan Mahkamah Persekutuan sudah meminta peguam mewakilinya untuk membuat hujahan.

Hari ini UMNO mengambil strategi terbaharu dengan cuba memujuk Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk mencampuri urusan kes mahkamah dihadapi Najib.

Mesyuarat Ketua-Ketua Bahagian UMNO pagi tadi membincangkan langkah untuk menyelamatkan Najib daripada dikenakan hukuman jika disabitkan kekal bersalah oleh Mahkamah Persekutuan.

Dalam pada itu, semua mata akan tertumpu kepada Mahkamah Persekutuan esok (Selasa, 23 Ogos 2022) kerana ia masih belum dapat dipastikan sama ada peguam utama Najib, Hisyam Teh Poh Teik akan berpegang teguh kepada pendiriannya untuk tidak membuat sebarang penghujahan dalam rayuan terakhir berhubung sabitan hukuman kes SRC International.

Mahkamah Rayuan pada 8 Disember 2021 mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Julai 2020 berhubung hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta yang dikenakan terhadap Najib.

Najib telah didapati bersalah atas satu pertuduhan salah guna kuasa, tiga pertuduhan pecah amanah jenayah, dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram.

Berita berkaitan
Rayuan Rosmah dalam kes rasuah solar didengar pada 23 Okt
21 jam lalu· Isu semasa
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024· Politik
Selepas Zahid, Isa Samad juga dibebas daripada tuduhan rasuah RM3 juta
March 6, 2024· Politik
Laman akaun Facebook tak boleh diakses jutaan pengguna
March 5, 2024· Isu semasa
Popular
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Bayangkan penyokong tegar DAP akan undi UMNO, kata Wan Saiful
March 1, 2023
Takut jawab di Parlimen isu PMX ke Arab Saudi, buat kenyataan media
March 28, 2023
Johor berhak putuskan had umur minimum ADUN, hormat autonomi negeri
June 18, 2022
Lagi Politik terkini
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok