Enam dekad UMNO perintah hutang peneroka pun tak dihapus: Radzi

August 27, 2022 · Politik

Walaupun hanya menjadi kerajaan selama 17 bulan, Perikatan Nasional (PN) berjaya menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding Barisan Nasional (BN) yang selama lebih enam dekad memerintah negara, kata Naib Presiden Bersatu Datuk Dr Radzi Jidin.

Menurutnya ia dibuktikan dengan pelbagai ‘kejayaan’ yang telah dilaksanakan membabitkan kepentingan rakyat khususnya melibatkan pakej bantuan, selain nilai integriti yang tinggi.

Radzi memberi beberapa contoh kejayaan PN antaranya melupuskan hutang peneroka Felda serta program yang memberi manfaat kepada penduduk di Sabah dan Sarawak.

Katanya, kemungkinan lebih banyak impak positif dan pencapaian cemerlang dapat dihasilkan gabungan parti itu sekiranya PN memerintah lebih lama.

“Pengerusi (Muhyiddin Yassin) memimpin kerajaan sekitar satu tahun lima bulan… tempoh ini kita ada track record amat cemerlang.

“Dalam banyak-banyak gabungan parti di Malaysia ini, gabungan di peringkat Persekutuan yang paling baru adalah PN. Tempoh singkat dua tahun tapi track record dan impak ditinggalkan kepada rakyat amat jelas.

“Sahabat-sahabat di Sabah, Sarawak bercakap bagaimana (dalam) tempoh singkat ini manfaat sampai ke Sabah, Sarawak yang ditunggu berpuluh tahun sejak BN,” katanya berucap pada Konvensyen PN 2022 di Serdang, hari ini.

Radzi berkata, sementara BN menganggap Sabah dan Sarawak sebagai “deposit tetap” ketika pilihan raya, PN pula menjadikan dua negeri itu sebagai “sahabat”.

Radzi yang juga Menteri Kanan Pendidikan ketika pentadbiran PN dan juga sekarang di bawah Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob daripada UMNO, turut memberi contoh hutang peneroka Felda yang sering dibangkitkan setiap tahun.

“Lepas berpuluh tahun siapa yang selesaikan lebih RM8.3 bilion hutang peneroka Malaysia diselaraskan.

“Ini impak baru setahun lima bulan jadi PM. Cuba bagi penuh penggal, Insya-Allah kita akan lihat impak pada rakyat jauh lebih baik,” katanya.

Mengimbas semula ketika Covid-19 yang melanda negara, Radzi berkata prestasi PN juga dapat dilihat dengan bagaimana krisis kesihatan itu diuruskan.

Berita berkaitan
PN N.Sembilan selesai bahagi kerusi, tinggal umum
4 jam lalu· Politik
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
10 jam lalu· Politik
Bersatu akan tanding di Terengganu, Kelantan kata PAS
June 3, 2023· Politik
Tun M, Muhyiddin kembali jalin kerjasama, PAS lihat kelebihan pada PRN
June 3, 2023· Politik
Popular
UMNO-BN patut bantah beri gelaran Tan Sri kepada Kit Siang: Lim Sian See
June 4, 2023
Kit Siang dapat anugerah Tan Sri: Laporan
June 4, 2023
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
June 4, 2023
Minta bekas ahli ke PAU, UMNO bimbang ramai pakai baju roket daripada baju Melayu?
June 4, 2023
Lagi Politik terkini
Peja sahkan tidak tanding PRN
17 minit lalu · Politik
Ahli UMNO kena berlapang dada terima kehadiran PKR, DAP
1 jam lalu · Politik
Saya bangga Tan Sri Lim akhirnya pakai songkok, kata MCA kepada DAP
4 jam lalu · Politik
PAU 2023: Tak dijemput, DAP hormati keputusan Pemuda UMNO
5 jam lalu · Politik
UMNO bukti majoriti memimpin, bukan minoriti, PAS beritahu Anwar
7 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan jentera PB Best Pulau Pinang
16 jam lalu
[VIDEO] Ucapan Dominic di himpunan jentera PN Pulau Pinang
18 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok