Enam ADUN Bersatu Kedah tepis spekulasi bakal tarik sokongan

October 14, 2022 · Politik

Kerajaan Perikatan Nasional (PN) Kedah yang diketuai PAS menerima sokongan tidak berbelah-bahagi enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bersatu kepada Menteri Besar Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah tidak dibubarkan.

ADUN Guar Chempedak Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail menepis spekulasi yang mendakwa kerajaan PN Kedah akan goyah selepas ADUN Sungai Tiang, Datuk Suraya Yaacob meletakkan jawatan sebagai ahli Exco negeri pada Khamis.

“Saya yakin tiada ADUN Bersatu yang akan menyokong sebarang usaha mahupun desakan agar Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan, susulan peletakan jawatan ADUN UMNO itu.

“Kedudukan kami dalam kerajaan negeri juga tidak berubah dan kerajaan PN Kedah masih stabil,” katanya hari ini (14 Oktober 2022).

Menurutnya, semua enam ADUN Bersatu di Kedah tidak terpengaruh dengan sebarang anasir yang boleh menggugat kestabilan politik di negeri ini dan akan meneruskan tugas masing-masing sehingga DUN Kedah dibubarkan.

“Kita tidak perlu terlalu banyak politiking. Tumpuan harus diberikan kepada kesejahteraan rakyat dan pembangunan negeri,” katanya menurut Sinar.

Selain Ku Abd Rahman, lima lagi ADUN ialah Mohd Firdaus Ahmad (Kuah); Datuk Halimaton Shaadiah Saad (Bukit Kayu Hitam); Datuk Juhari Bulat (Ayer Hangat); Azman Nasrudin (Lunas); dan Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam).

Daripada enam ADUN Bersatu, lima merupakan Exco kerajaan negeri dan seorang merupakan Speaker DUN Kedah.

Pada Khamis, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang mengumumkan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat memutuskan untuk terus memperkukuhkan kerjasama dalam PN untuk menghadapi PRU-15 selain mengekalkan pendirian untuk tidak membubarkan DUN Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Berikutan itu, Suraya yang merupakan Ketua Penerangan UMNO Kedah melepaskan jawatan Exco dalam kerajaan PN Kedah setelah PAS menyatakan pendirian menolak kerjasama dengan UMNO pada PRU-15 akan datang.

Ia menimbulkan spekulasi kononnya enam ADUN Bersatu didakwa akan berpakat dengan dua ADUN UMNO untuk menarik sokongan terhadap kerajaan negeri sedia ada bagi mendesak DUN Kedah dibubarkan.

DUN Kedah mengandungi 15 kerusi dimiliki PAS; enam (Bersatu), lima (PKR); empat (AMANAH); dan masing-masing dua (DAP, Pejuang dan UMNO).

Sementara Mohd Firdaus menyatakan kekal setia bersama Bersatu bagi mengukuhkan pentadbiran di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

“Pembangkang mempunyai 11 kerusi, selain dua milik UMNO dan dua lagi Pejuang. Walaupun dua ADUN UMNO menarik sokongan dan keluar daripada PN Kedah atau sokong blok pembangkang sekalipun masih lagi tidak gugat kestabilan kerajaan negeri.

“Ini kerana PN masih memiliki majoriti untuk tadbir Kedah dengan 21 kerusi,” katanya.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Lantik Zahid jadi TPM pengkhianatan terbesar Anwar dan PH kepada rakyat
December 2, 2022· Politik
Banjir kilat berulang di Baling, 50 rumah terjejas
December 2, 2022· Isu semasa
Pemimpin Amanah Kedah keluar parti, tak puas hati tunduk kepada DAP
December 1, 2022· Politik
Tak perlu gaduh, elok BN dan PH tarik diri di Padang Serai: Azman
December 1, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
12 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
12 jam lalu · Politik
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
12 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
12 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok