Enam ADUN angkat sumpah Exco Kerajaan Perikatan Nasional Perlis

November 25, 2022 · Politik

Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perikatan Nasional Perlis – empat daripada PAS dan dua Bersatu – mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) negeri hari ini.

Empat ADUN PAS yang mengangkat sumpah hari ini adalah Razali Saad (Simpang Empat); Fakhrul Anwar Ismail (Bintong); Azmir Azizan (Santan); dan Wan Badariah Wan Saad (Mata Ayer), manakala dua ADUN Bersatu ialah Izizam Ibrahim (Titi Tinggi); serta Megat Hashirat Hassan (Pauh).

Majlis angkat sumpah itu berlangsung di hadapan Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail di Bilik Hijau Istana Arau, di Arau, selepas masing-masing menerima watikah pelantikan daripada baginda.

Turut berangkat Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Majlis turut disaksikan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli; Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin; Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Perlis, Mohd Radhi Abas dan Speaker DUN Perlis, Datuk Hamdan Bahari.

Perikatan Nasional membentuk kerajaan Perlis setelah memenangi 14 daripada 15 kerusi DUN dipertandingkan pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) 19 November lalu.

Gelombang kebangkitan rakyat turut menyaksikan Perikatan Nasional ‘menyapu bersih’ tiga kerusi Parlimen iaitu Padang Besar, Kangar dan Arau.

Kejayaan mengejutkan itu sekali gus menamatkan penguasaan Barisan Nasional (BN) di Perlis sejak 65 tahun lalu.

Selasa lalu, Mohd Shukri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional Perlis dan Pesuruhjaya PAS negeri yang memenangi kerusi DUN Sanglang mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar kelapan negeri itu selepas diperkenankan Raja Perlis.

Terdahulu, Mohd Shukri berkata kebanyakan barisan Exco itu adalah muka baharu dan muda, dan berharap mereka akan mempunyai idea baharu untuk membantu beliau mengendalikan negeri.

Mengenai ADUN tunggal pembangkang Gan Ay Ling, Mohd Shukri berkata beliau berharap wakil PKR itu akan melaksanakan peranannya dalam menjadi pembangkang yang membina.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
14 jam lalu· Politik
Anwar koyak selepas diminta buktikan tuduhan pihak lawan terima dana judi
December 6, 2022· Politik
Tuduh terima dana judi, PAS bidas Anwar berhenti tabur fitnah seperti UMNO
December 6, 2022· Politik
Saya seleweng RM600 bilion?
December 5, 2022· Rencana
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
7 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok