Empat parti mahu sertai GRS

June 25, 2022 · Politik

Empat lagi parti tempatan di Sabah menyatakan hasrat untuk menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bersama lima parti yang telah membentuk gabungan itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.

Ketua Menteri Sabah itu berkata permohonan daripada kesemua parti berkenaan akan dibincang dan dipertimbang dalam GRS sebelum membuat keputusan.

Bagaimanapun beliau tidak menamakan parti tersebut.

“Ini bermakna bahawa apa yang kita (GRS) lakukan selama ini sejak mendapat mandat rakyat (Pilihan Raya Negeri) telah memikat hati kawan-kawan lain daripada parti yang lain (mahu sertai GRS).

“Kalau tidak, mereka (parti) tidak akan memohon untuk sertai GRS, mungkin inilah yang dikehendaki oleh rakyat ingin melihat satu gabungan yang kuat untuk memerintah Sabah di masa akan datang,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam bersama Armada Bersatu Sabah di sini malam tadi.

Hajiji berkata GRS adalah parti yang sentiasa mahu mewujudkan keharmonian dalam kalangan parti komponen gabungan itu yang bersama-sama memberi perkhidmatan terbaik untuk rakyat.

GRS dianggotai lima parti iaitu Bersatu Sabah, Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP) dan Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), selain membentuk kerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dalam mentadbir kerajaan Sabah.

Sebelum ini dilaporkan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat (KDM), Parti Liberal Demokratik (LDP) dan Parti Cinta Sabah (PCS) telah memohon menyertai GRS. – Bernama

Berita berkaitan
Shafie menang tanpa bertanding Presiden Warisan
August 15, 2022· Politik
Isu pertemuan PN: Wan Saiful bidas Ismail Sabri buat penipuan dan tak beradab
August 15, 2022· Politik
KPM akan umum data pelajar lepas SPM tidak lanjut pelajaran: Radzi
August 14, 2022· Isu semasa
Skandal LCS: PM jangan jadi pak turut, tubuh RCI siasat pemimpin UMNO
August 14, 2022· Isu semasa
Popular
UMNO kotor dari ‘Top 1’ hingga akar umbi kerana Najib, kata Dr Mahathir
August 18, 2022
UMNO mula serang, hina badan kehakiman negara, kata peguam
August 18, 2022
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
August 18, 2022
Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan
August 18, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO mula serang, hina badan kehakiman negara, kata peguam
14 jam lalu · Politik
UMNO kotor dari ‘Top 1’ hingga akar umbi kerana Najib, kata Dr Mahathir
16 jam lalu · Politik
Ismail Sabri buat kerja sebab itu pembangkang marah: Shahidan
16 jam lalu · Politik
Skandal LCS, PH kesal dengan cara UMNO layan tentera ikut suka hati
17 jam lalu · Politik
PRU-15: BN sasar menang 20 kerusi Parlimen di Johor
17 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Polisi baharu cegah kematian tahanan polis
August 15, 2022
[VIDEO] Himpunan kapal LCS mahu siasatan bukan penjelasan
August 15, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok