Empat kali Ismail Sabri kena ‘boo’ bila nama disebut Zahid: Laporan

August 27, 2022 · Politik

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dlaporkan dicemuh oleh ahli UMNO ketika presiden parti Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberi ucapan pada taklimat khas di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini (27 Ogos).

Lebih 1,000 ahli parti yang hadir dalam Dewan Merdeka WTC di Kuala Lumpur mencemuh serentak pada empat kesempatan berasingan apabila Zahid merujuk ucapannya kepada Ismail Sabri.

Ahli juga menjerit, “Di mana Mail (Ismail)?” kerana beliau adalah satu-satunya pemimpin terkemuka parti yang tidak hadir dalam taklimat khas presiden hari ini, menurut laporan Malay Mail.

Perdana Menteri dilaporkan mempunyai acara sendiri iaitu melancarkan program Inisiatif Pendigitalan Sektor Peruncitan (ReDI) Peringkat Kebangsaan dan Penjenamaan Semula Program Jualan Murah Keluarga Malaysia (JMKM) di Dataran Kerayong, Bera.

Zahid juga sekali lagi menggesa agar Parlimen dibubarkan tidak lama lagi, bagi membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata beliau bersama Timbalan Presiden Datuk Seri Mohamad Hasan dan kepimpinan lain, akan membangkitkan perkara itu pada mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO malam ini yang perlu dihadiri Ismail Sabri.

“(Bersedia) untuk menghadapi PRU pada bila-bila masa. Kemenangan besar Barisan Nasional adalah pengukuhan perjuangan Datuk Seri Najib Razak untuk parti dan negara.

“Kami percaya kerajaan pimpinan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tidak akan membiarkan harapan ini hilang walaupun tarikh pilihan raya umum ditangguhkan,” katanya kepada ahli parti yang membalas dengan laungan “Bubar!”.

Zahid berkata tuntutan supaya PRU-15 diadakan adalah konsisten kerana UMNO mahukan mandat yang stabil, dengan mengatakan bahawa kerajaan sekarang bukanlah kerajaan UMNO yang “sebenar” kerana ia perlu berkongsi kuasa.

Beliau berkata realiti semasa adalah senario politik yang tidak stabil telah meletakkan ekonomi negara dalam keadaan yang semakin tidak menentu kerana Ismail Sabri terpaksa bergantung kepada perjanjian dengan pembangkang untuk mengekalkan kuasa.

“Kestabilan dan kebaikan yang dilaungkan adalah seperti dongeng semata-mata. Hakikatnya politik yang stabil tidak bergantung kepada beberapa helaian kertas sahaja.

“Ini bukan keputusan Zahid Hamidi atau Tok Mat Hasan. Ini suara dan keputusan Majlis Tertinggi, Perhimpunan Agung UMNO dan Perhimpunan Agung Khas UMNO,” katanya merujuk kepada keputusan yang dibuat parti.

Hadir sama pada taklimat itu ialah keluarga Najib, termasuk isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, anak lelaki yang juga Ketua Pemuda UMNNO Pekan, Datuk Mohd Nizar and anak perempuan Nooryana.

Sementara itu, peguam bela Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan Datuk Zaid Ibrahim menceritakan kes berkaitan bekas Perdana Menteri itu dalam taklimat berkenaan.

Taklimat khas Zahid kepada ahli parti dibuat kurang seminggu selepas laporan media mengenai mesyuarat biro politik UMNO yang tegang pada 24 Ogos.

Terdahulu, laporan mendakwa Ismail Sabri didesak untuk campur tangan dalam rayuan terakhir Najib di Mahkamah Persekutuan berhubung kes RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd, ketika mesyuarat biro politik diadakan.

Bagaimanapun, beberapa pemimpin UMNO menafikan perkara itu.

Berita berkaitan
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
17 jam lalu· Politik
Ulas al-Quran: MP DAP kata bukan buat kajian sendiri, ada bertalaqqi dengan ustaz
17 jam lalu· Politik
Jangan gopoh, kata Mat Sabu ulas gesaan halang warga asing beli beras
23 jam lalu· Isu semasa
Seorang pemimpin Melayu DAP kata tak salah Howard Lee petik ayat al-Quran
September 25, 2023· Politik
Popular
Hentikan kes rasuah Zahid, badan kehakiman cipta rekod dunia: Dr Mahathir
September 26, 2023
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023
SPR tetapkan PRK DUN Jepak pada 4 November
September 25, 2023
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
September 27, 2023
Lagi Politik terkini
Kerusi Kemaman: PAS akan teliti sama ada merayu atau tidak keputusan mahkamah
1 jam lalu · Politik
Kemenangan Ahli Parlimen Kemaman di batalkan mahkamah
23 jam lalu · Politik
Fadhli dipanggil beri keterangan berhubung himpunan anti-Zahid
September 26, 2023 · Politik
SPRM sudah rekod kenyataan saya minggu lepas, Sanusi sahkan
September 25, 2023 · Politik
Peguam Bersatu dakwa PMX sasarkan MP Putrajaya secara sistematik selepas dikecam
September 25, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Rakyat jangan emosi warga asing beli barangan subsidi, isu sengaja diperbesarkan
16 jam lalu
[VIDEO] Saya bukan saintis, boleh belajar proses REE dari Lynas, kata menteri
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok