Empat Ahli Parlimen di Sabah keluar Bersatu hilang kelayakan, perlu kosongkan kerusi

December 11, 2022 · Politik

Tindakan empat Ahli Parlimen (MP) Bersatu di Sabah yang mengikut langkah Datuk Seri Hajiji Noor keluar parti secara automatik juga hilang kelayakan sebagai wakil rakyat dan perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) lalu.

Bekas Pengerusi Bersatu Sabah itu gagal memahami Akta Perlembagaan (Pindaan) (No.3) 2022 (Akta A1663) yang melarang Ahli Dewan Rakyat bertukar parti dan berpendapat langkah tersebut tidak akan memberi kesan kepada kedudukan MP Bersatu yang keluar parti tersebut atas alasan bertanding atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Untuk rekod, GRS hanya sebuah gabungan parti politik yang tidak mempunyai keahlian dan semua empat MP yang bertanding pada PRU-15 adalah ahli parti Bersatu.

Walaupun empat MP tersebut bertanding atas tiket GRS sekalipun, perlu difahami bahawa mereka adalah ahli Bersatu dan bukan ahli GRS, disinilah Hajiji tidak memahami peruntukan undang-undang baharu larangan lompat parti tersebut.

GRS bukan sebuah parti politik, ia adalah gabungan parti politik sama seperti Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN).

Sebagai contoh, Ahmad Maslan bertanding atas tiket BN di Parlimen Pontian lalu dan kemudiaannya mengumumkan keluar BN, tetapi secara teknikalnya beliau masih kekal wakil rakyat UMNO di Parlimen kerana BN hanya merupakan gabungan parti politik.

Seseorang wakil rakyat itu dianggap lompat parti apabila keluar sebagai ahli parti tersebut dan bukan sebagai ahli kepada gabungan itu.

Berbeza dengan senario yang dilakukan oleh Hajiji yang mengumumkan keluar Bersatu tetapi masih kekal dalam GRS, tafsiran tersebut sama sekali tidak tepat dan membelakangi akta larangan bertukar parti yang sudah digazet diperingkat Persekutuan.

GRS tidak mempunyai keahlian seperti parti politik yang berdaftar, malah ia didaftarkan hanya sebagai sebuah gabungan parti politik.

Hajiji semasa sidang medianya secara jelas mengumumkan keputusan untuk keluar meninggalkan Bersatu dan berkata sedang menimbang untuk menyertai parti baharu.

“Hari ini, kita sebulat suara telah mengambil keputusan untuk keluar dan meninggalkan Bersatu. Kami membuat keputusan ini setelah mempertimbangkan keadaan landskap politik Malaysia ketika ini terutama di Sabah.

“Kerajaan negeri yang ditunjangi oleh GRS-BN juga telah mengambil kira nasihat Yang di-Pertuan Agong bahawa pertimbangan terbaik untuk pembentukan Kerajaan Perpaduan yang diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim satu daripadanya adalah untuk kestabilan politik dan pemulihan ekonomi,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Di peringkat negeri, kedudukan Hajiji mungkin tidak tergugat kerana akta larangan menukar parti tersebut masih belum digazetkan dan tidak berkuatkuasa lagi sepenuhnya tetapi tidak di peringkat kerajaan Persekutuan.

Sementara itu, sumber dalaman parti memberitahu Bersatu sudah merujuk isu tersebut dengan Menteri Undang-Undang sebelum ini, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Menteri Undang-Undang baharu kerajaan Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Difahamkan kedua-dua mereka berpandangan terdapat pelanggaran dalam akta bertukar parti yang sudah berkuatkuasa di peringkat Persekutuan dan ia terpulang kepada ketua parti untuk mengambil tindakan selanjutnya selepas ini.

Untuk rekod, Bersatu Sabah mempunyai lima MP yang merupakan ahli parti, dengan empat daripadanya bertanding di bawah tiket gabungan GRS, manakala seorang lagi – Datuk Seri Ronald Kiandee – bertanding di bawah tiket Perikatan Nasional (PN).

Terdahulu,Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) menegaskan MP Bersatu yang keluar parti dan sekiranya menubuhkan parti baharu atau menyertai mana-mana parti perlu mengosongkan kerusi mereka dan diadakan semula pilihan raya.

BERSIH memberi senario jika empat MP Bersatu yang bertanding atas tiket GRS jika menubuhkan parti baharu dan meninggalkan parti itu, maka wajar untuk mereka mengosongkan kerusi.

“Mereka bertanding di bawah logo GRS iaitu gabungan/parti berdaftar. Mereka tidak bertanding di bawah Bersatu.

“Pengenalan itu adalah apa yang mereka maklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa mereka mengemukakan pencalonan.

“Jika mereka menubuhkan parti baru dan meninggalkan GRS, mereka perlu mengosongkan kerusi mereka,” katanya.

Berita berkaitan
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024· Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024· Politik
Anwar patut jawab kejatuhan ringgit bukan orang lain, kata Ahli Parlimen
March 5, 2024· Politik
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024· Politik
Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
BN kalah PRU-15 sebab Zahid, kata Annuar Musa
November 21, 2022
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
13 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok