Elok pembangkang berseronok sebab Parlimen dibubar awal: Ismail Sabri

October 13, 2022 · Politik

Datuk Seri Ismail Sabri mempertahankan keputusannya membubarkan Parlimen pada tahun ini juga bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Perdana Menteri sementara itu berkata pembangkang sepatutnya berseronok apabila PRU-15 diadakan awal kerana rakyat kini diberikan mandat semula untuk memilih kerajaan yang baharu walaupun langkah tersebut dikritik kerana tidak mengambilkira kepentingan rakyat yang bakal berdepan bencana banjir.

“Lagi lama kerajaan ini bertahan, selagi itu banyak isu-isu kerajaan tidak sah, tebuk atap terus dimainkan.

“Ini bermakna kalau mereka menganggap kerajaan ini dari segi keabsahannya diragui, jadi eloklah berseronok apabila saya umumkan pembubaran kerana rakyat diberi mandat untuk berpeluang memilih kerajaan mereka,” katanya dipetik laporan Utusan Malaysia.

Jelas Ismail Sabri, langkah untuk terus membubarkan Parlimen dibuat kerana melihat sudah tidak mampu untuk meneruskan pentadbirannya kerana pelbagai isu yang timbul.

“Kalau ikut pandangan, sudah lama Parlimen dibubarkan. Lihat semasa Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, (minta) bubar dan UMNO pun sudah cakap lama soal pembubaran, cuma menanti masa yang sesuai.

“Saya pun belum rancang lagi tarikh yang tepat (ketika itu) tetapi bila ada isu berkaitan yang saya nampak tak boleh nak teruskan lagi, jadi saya bubarkan,” katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau tidak menyalahkan 12 Menteri Perikatan Nasional (PN) kerana mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan menolak pembubaran Parlimen.

“Walaupun perbuatan itu tidak wajar, menteri itu hanya mengikut arahan parti masing-masing. Seperti dikatakan Datuk Seri Hamzah Zainudin (Menteri Dalam Negeri) semalam, ia hasil keputusan parti.

“Maknanya dia terima arahan dari presiden parti. Parti arahkan tulis surat, walaupun tidak wajar, mereka tulis surat kerana arahan daripada parti. Ini diakui Hamzah dan tidak salahkan mereka sebab ikut arahan parti,” katanya lagi.

Ismail Sabri membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengadakan beberapa siri himpunan raksasa untuk mendesak pembubaran Parlimen dan mengadakan PRU-15 pada tahun ini juga.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Satu lagi nama kementerian ditukar kerajaan baharu
9 jam lalu· Isu semasa
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
10 jam lalu· Politik
Azeez Rahim dibebaskan terus selepas dua minggu kerajaan ‘hoi ya hoi’ memerintah
20 jam lalu· Isu semasa
Saya cuba padam rumah yang sedang terbakar, kata Annuar Musa
20 jam lalu· Politik
Popular
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
December 9, 2022
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
December 9, 2022
Kit Siang bimbang ‘gelombang hijau’ akan menjadikan Malaysia negara Islam sebelum PRU-17
December 9, 2022
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
December 9, 2022
Lagi Politik terkini
Naib Ketua Pemuda UMNO tegur pemimpin BN masih tak sedar diri
12 jam lalu · Politik
‘Syaitan’ disisi DAP membisu
13 jam lalu · Politik
PRU Padang Serai: Cina marah PH lantik kluster mahkamah ke Kabinet
15 jam lalu · Politik
Kenapa Anwar tak tegur tauke telur, simen rapat PH-DAP? Wan Saiful
16 jam lalu · Politik
Annuar Musa antara Ketua Bahagian dipecat UMNO, selain dua Ketua Wanita
21 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Annuar Musa, 2 pemimpin wanita sah dipecat dari UMNO
14 jam lalu
[VIDEO] Isu kemiskinan pesawah, aktiviti kartel padi perlu perhatian kerajaan pusat
15 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok