ECRL Puncak Alam diteruskan, kata Tengku Zafrul

November 6, 2022 · Politik

Stesen jajaran utara Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Puncak Alam akan diteruskan oleh kerajaan selepas ini ekoran sudah diluluskan enam bulan lalu.

Menteri Kewangan sementara, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pembinaan stesen itu direalisasikan susulan isu yang pernah dibangkitkan gabungan persatuan penduduk Puncak Alam ketika beliau bertemu penduduk, Mei lalu.

“Sebelum ini memang ada dalam perancangan membina stesen ECRL di Puncak Alam tapi belum dilaksanakan. Hasil perbincangan, kita bersetuju untuk meluluskan pembinaannya termasuk beberapa stesen lain.

“Stesen itu akan dibina di kawasan Alam Suria dan sehingga kini (projek) masih diteruskan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Penutup Karnival Sukan Antara Fasa (Sukaf) 2022 di Puncak Alam, hari ini lapor Berita Harian.

Apabila siap, ECRL Puncak Alam itu dijangka memanfaatkan kira-kira 300,000 penumpang bukan sahaja melibatkan penduduk Kuala Selangor malah juga penduduk kawasan lain di Selangor.

Jajaran ECRL itu membabitkan Selangor iaitu Seksyen C yang akan dibahagikan kepada dua iaitu Seksyen C1 dari Mentakab ke ITT Gombak dan Seksyen C2 dari Gombak ke Pelabuhan Klang melalui Serendah.

Jajaran ECRL bagi Seksyen C2 adalah sepanjang 74.25 kilometer (km) yang merangkumi empat stesen iaitu Serendah Baru (penumpang dan kargo), Puncak Alam (stesen penumpang), Kapar (stesen penumpang) serta Pelabuhan Klang (penumpang dan kargo).

Berita berkaitan
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
AP kereta perlu kekal untuk sokong industri tempatan: Tengku Zafrul
October 19, 2023· Isu semasa
Tak akan minta maaf, kata Sanusi berhubung saman taikun
August 9, 2023· Politik
ECRL: Penduduk Tmn Sg Sireh resah, penjelasan MB tidak tuntas
July 28, 2023· Isu semasa
Popular
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024
Tular “istana” Tajuddin yang sedang diubahsuai selepas pemecatan
May 27, 2021
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
1 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok