DUN Selangor terbubar secara automatik pada 25 Jun ini, kata MB

June 3, 2023 · Politik

Pada 25 Jun ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor akan terbubar secara automatik, kata Datuk Seri Amirudin Shari.

Menteri Besar Selangor itu berkata jika tiada sebarang pengumuman pembubaran dibuat, namun DUN akan terbubar secara sendirinya daripada tempoh 23 hari dari sekarang dan akan memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) berlangsung.

“DUN akan terbubar dalam masa terdekat. Kita tiada masa kerana 25 Jun ini adalah tarikh maksimum.

“Ini bermakna, kita hanya boleh tangguh selama 23 hari dari sekarang. Selepas tarikh tersebut, pasti akan terbubar,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Bagaimanapun katanya, tarikh sebenar pembubaran itu perlu mendapat perkenan daripada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris.

“Saya tidak berada di posisi untuk mengumumkan tarikh tersebut kerana perlu mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu.

“Saya kini sedang menunggu perkenan Tuanku untuk sesi menghadap (menentukan tarikh bubar). Minggu lepas saya telah menghadap dan Tuanku juga sedang berkira-kira tarikh pembubaran berkenaan,” katanya lagi.

Dalam pada itu beliau berkata, tindakan beberapa Exco Kerajaan Negeri yang berkongsi status mengosongkan pejabat adalah perkara biasa menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN).

Menurutnya, langkah tersebut bagi membolehkan penumpuan terhadap PRN selepas pembubaran DUN yang akan dibuat pada bila-bila masa dari sekarang.

“Itu perkara biasa apabila nak habis penggal. Selepas ini, tugas mereka pun adalah untuk menjalankan perkara yang telah dirancang dan tidak ada polisi baharu (akan dibuat).

“Saya penggal lepas pun seperti itu. Apabila tahu DUN akan bubar, kita siap sedia kemas.

“Jika dilantik jadi Exco semula belum tentu memegang portfolio yang sama. Jadi banyak perkara perlu dibuat dan dikemas selain mengumpul laporan-laporan yang telah dibuat. Ini adalah perkara lazim,” katanya mengulas tindakan bebera Exco yang dilihat telah mula mengemas pejabat untuk dikosongkan.

Antaranya pejabat Exco Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Rodziah Ismail dan Jawatankuasa Tetap Pelaburan, Perindustrian dan Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Selangor, Datuk Teng Chang Khim

Berita berkaitan
Siarkan pendengaran di Parlimen kes Zahid secara langsung, gesa NGO
3 minit lalu· Politik
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
12 jam lalu· Politik
Buat kali pertama, DUN Terengganu bersidang tanpa pembangkang
19 jam lalu· Politik
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023· Politik
Popular
Spekulasi tukar kementerian, Zahid tak nafikan bakal ada rombakan Kabinet
October 1, 2023
Ahli UMNO di Pelangai keluar parti sertai PAS, dakwa disisih
October 1, 2023
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
October 1, 2023
Lagi Politik terkini
Exco Kedah sangkal dakwaan larangan seluar pendek, jual arak kepada bukan islam di Langkawi
10 jam lalu · Politik
Hang tu PM untuk rakyat Malaysia bukan PKR, Afnan gesa Anwar berhenti berdendam
October 1, 2023 · Politik
UMNO sekat pertandingan jawatan Presiden, pecat calon mahu cabar Zahid: Afnan
September 30, 2023 · Politik
UMNO tanding PRK Kemaman jika diadakan, kata Zahid yakin rakyat sokong
September 30, 2023 · Politik
Bukan Rafizi saja salah tapi PMX juga gagal memimpin negara, kata Tun Faisal kepada Puad
September 29, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] DAP mahu kerajaan ‘brainwash’ penjawat awam sebab tak undi parti kerajaan
9 jam lalu
[VIDEO] PH hipokrit, menang undi bukan Melayu dengan janji palsu
12 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok