DUN Sabah ada 3 tahun lagi, tak perlu bubar PRU-15, kata Hajiji

September 25, 2022 · Politik

Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah tidak akan dibubarkan sekiranya Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob membubarkan Parlimen tahun ini, tegas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Beliau yang juga Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berkata ini kerana kerajaan negeri yang dipimpin beliau masih mempunyai tiga tahun lagi untuk berkhidmat bagi melengkapkan satu penggal.

“Bagaimanapun, ada yang mengatakan DUN Sabah (dibubarkan) ini tidak benar kerana kita masih mempunyai tiga tahun lagi untuk mentadbir negeri ini.

“Ada pihak yang mendakwa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan Oktober ini dan ada yang mengatakan ia akan diadakan tahun depan tetapi apa sahaja yang GRS sudah bersedia,” katanya menurut Awani.

Beliau berkata demikian pada Jelajah GRS Batu Sapi yang diadakan di Flat MPS, Kampung Lupak Meluas Darat, Sandakan pada Ahad.

Hajiji turut mendedahkan semua parti komponen dalam gabungan itu bersetuju untuk menggunakan lambang GRS dalam Pilihan Raya Umum Ke-15

Katanya, persetujuan itu diperoleh termasuk daripada Bersatu dan Parti Bersatu Sabah (PBS).

Hajiji dalam masa sama memaklumkan, kerajaan GRS-Barisan Nasional meraikan ulang tahun keduanya esok (26 Sept).

“Apa yang penting ialah kita terus memperkukuhkan GRS, gabungan yang mewakili rakyat berbilang kaum dan agama di Sabah,” katanya.

Sebelum ini, semua negeri yang diperintah gabungan Perikatan Nasional (PN), khususnya PAS, dan pembangkang, termasuk Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, membuat keputusan tidak membubarkan DUN jika PRU-15 diadakan tahun ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
12 jam lalu· Politik
Lantikan Zahid sebagai TPM bukti kerajaan baharu bersih
December 2, 2022· Isu semasa
Hormati pengantin baharu, calon BN bakal beri laluan kepada PH di Padang Serai
December 2, 2022· Politik
MB Pahang pun sudah jadi macam Zahid, kuat menipu sekarang: Saifuddin
December 2, 2022· Politik
Popular
Shahidan sindir MP UMNO-BN dipinggir daripada Kabinet, hampa kena game?
December 3, 2022
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
December 3, 2022
Reformasi apa jika Anwar turut pegang Kementerian Kewangan?
December 3, 2022
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
December 3, 2022
Lagi Politik terkini
Zahid hadapi tuduhan rasuah, tak patut dilantik jadi TPM: BERSIH
12 jam lalu · Politik
Saya tolak tawaran Anwar untuk jadi menteri, kata Gobind
12 jam lalu · Politik
Ingat nak hantar Zahid ke penjara, rupanya ke Putrajaya: PH kena sindir
12 jam lalu · Politik
DAP tak puas hati komposisi menteri UMNO lebih ramai, tapi menang sikit
15 jam lalu · Politik
Kewibawaan Kabinet Anwar terjejas setelah Zahid dilantik TPM: IDEAS
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Jangan berkira duit balik mengundi demi bangsa dan agama
December 3, 2022
[VIDEO] Ucapan Sanusi di PRK Padang Serai
December 3, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok