DUN Pulau Pinang bubar 28 Jun bagi beri laluan PRN

June 8, 2023 · Politik

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 28 Jun ini untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN).

Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak untuk mendapat perkenan membubarkan DUN dalam masa terdekat, menurut laporan Bernama.

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang itu juga berkata proses pengagihan kerusi antara PH dan Barisan Nasional (BN) di negeri berkenaan sudah 95 peratus selesai.

“Buat masa ini, sebarang rundingan PH-BN akan diurus di peringkat kebangsaan dan apa-apa keputusan muktamad akan dibuat di peringkat kebangsaan… Kami percaya akan ada lagi pertemuan selepas ini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Sebelum ini, Chow dilapor berkata rundingan yang berlangsung sejak bulan lepas berjalan lancar namun masih terdapat beberapa kerusi belum diputuskan kerana wujud pertindihan.

Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi DUN dan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14), PH memenangi 37 kerusi termasuk dua daripada calon Bersatu yang ketika itu masih bersamanya manakala masing-masing dua dan satu kerusi dimenangi BN dan PAS.

Pada PRU-15, Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu tidak membubarkan DUN namun media sebelum ini melaporkan pemimpin keenam-enam negeri mencapai kata sepakat bahawa masa paling sesuai ialah dalam tempoh dua minggu terakhir Jun bagi membolehkan PRN diadakan serentak.

Berita berkaitan
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
24 jam lalu· Politik
Saya pun tak berani hurai al-Quran tapi dia berani, Sanusi bidas MP DAP bukan Islam
September 23, 2023· Politik
Petik ayat al-Quran gesa sokong kerajaan, MP DAP bukan Islam disiasat
September 22, 2023· Politik
Sokongan orang Melayu kepada kerajaan PH-UMNO berkurangan: Ramasamy
September 22, 2023· Politik
Popular
Isteri saya bukan kerabat, Radzi nafi terlibat dalam projek cetak buku
September 23, 2023
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
September 23, 2023
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023
Lagi Politik terkini
PRK Pelangai menyaksikan saingan tiga penjuru
24 jam lalu · Politik
MP Tanah Merah dakwa jurugambar PMX sengaja tular gambar fitnah, lapor polis
September 22, 2023 · Politik
Ini semua luar tabii, kata MP Alor Setar sindir Setiausaha Politik PMX
September 22, 2023 · Politik
Dulu dihantui DNA Saiful, kini PMX dihantui DNAA Zahid: Hishammuddin Rais
September 22, 2023 · Politik
Bukan mahkamah bebaskan Zahid tapi pendakwa raya tarik pendakwaan: Idris
September 22, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Tok Guru Hadi di Simpang Pelangai
20 jam lalu
[VIDEO] Dah bohong sini, dia bohong di New York
21 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok