Dulu UMNO memang kuat, tapi sekarang lain: Pemimpin PAS

October 14, 2021 · Politik

Ketua Sidang Assabiqun PAS Pusat, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menyanggah kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa UMNO sudah kuat dan tidak memerlukan sebarang bentuk kerjasama dengan parti selain komponen Barisan Nasional (BN).

“Kita tahulah dulu UMNO kuat, tetapi secara realiti semasa tidak boleh rasa begitu lagi kerana selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), tidak ada satu parti pun yang boleh monopoli, menang bersendirian,” katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Presiden UMNO itu bahawa parti berkenaan sudah kuat dan akan bertanding bersendirian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka jika diadakan.

Zahid juga dilaporkan berkata UMNO sudah memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan PAS bagi menghadapi PRN itu dan menyifatkan persefahaman dalam Muafakat Nasional (MN) sudah berakhir.

Dalam kenyataan di Facebooknya hari ini, Zahid mengulangi penjelasan berhubung isu pengkhianatan yang merujuk kepada PAS kononnya tidak ikhlas menjalinkan kerjasama dengan parti itu.

“Kemudian saya menjawab soalan adakah saya kecewa dengan MN yang pernah dimeterai pada 2019. Saya cakap tidak pernah kecewa sebagai ahli politik. Tetapi kita harus tahu apabila kita berkongsi hidup harus saling percaya mempercayai dan jangan khianat mengkhianati.

“Cukuplah pengkhianatan dilakukan sekali, tetapi kalau telah berulang kali, bukan kepada UMNO tetapi kepada pelbagai pihak, saya fikir itu harus dinilai semula,” ujarnya lagi.

Memetik laporan BH, Mahfodz yang juga bekas Ketua Dewan Ulama PAS Pusat menafikan parti itu mengkhianati kerjasama dengan UMNO menerusi MN apabila dalam masa sama turut menyertai Perikatan Nasional (PN).

Beliau ddipetik sebagai berkata ini kerana piagam MN sebenarnya tidak terbatas kepada UMNO dan PAS sahaja, sebaliknya turut mencakupi permuafakatan dengan orang Melayu Islam lain, yang berkongsi aspirasi sama seperti Bersatu.

“Saya pun tak nampak di mana PAS mengkhianati, walaupun tak sebut nama (PAS) tetapi kita faham. Seolah-olah kita khianati MN, sedangkan kita nak menyelamatkan umat Melayu Islam, sebab itu kita bersama-sama PN.

“Peliknya, yang menyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin jadi Perdana Menteri pun membabitkan UMNO. Tak akan naik Presiden BERSATU itu tanpa sokongan UMNO,” katanya.

Berita berkaitan
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
5 jam lalu· Politik
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024· Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024· Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024· Politik
Popular
PRK KKB: PN letak calon tempatan lawan calon DAP dari Ampang
April 26, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024
Walaupun tewas banyak kali, Ahmad Said antara calon dicadang tanding PRK Kemaman
October 12, 2023
Lagi Politik terkini
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Kor Ming mahu UMNO bantu habis-habisan calon DAP di Kuala Kubu Bharu
April 22, 2024 · Politik
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok