Dulu PRN ketika Covid, kini PRU musim banjir pula: Itulah UMNO

October 12, 2022 · Politik

Pengundi perlu menolak UMNO dan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) untuk mengajar mereka yang sering meletakkan kepentingan politik melebihi kesejahteraan rakyat.

Pengerusi Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Johor, Azrol Rahani berkata, BN sudah beberapa kali membelakangkan kepentingan rakyat, contohnya mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) ketika pandemik Covid-19 sebelum ini.

Menurutnya terkini BN tidak peduli pula untuk mengadakan PRU-15 pada musim tengkujuh dan secara sinis ‘mengalu-alukan’ keputusan itu.

“Parti yang menentang pilihan raya semasa banjir adalah penakut. Semua orang tahu faktanya. Memang masuk akal jika pilihan raya dijalankan tahun ini walaupun pada musim banjir, tiada yang pelik dan mengejutkan. Kita semua yakin yang BN mampu.

“Jika mereka mampu bercatur dengan nyawa sebelum ini dengan PRN Sabah, Melaka dan Johor walaupun Covid-19 masih berleluasa, tiada yang pelik jika kali ini mereka boleh bercatur nyawa rakyat yang sedang dan akan berdepan banjir,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sehubungan itu Azrol berharap rakyat khususnya pengundi perlu sedar dengan permainan politik UMNO ketika ini.

“Yang pelik adalah kita beranggapan BN, parti yang mengangkat dan menjunjung golongan korup, mencuri, dan salah guna kuasa, akan memikirkan kepayahan yang akan dihadapi rakyat semasa banjir melanda negara.

“Selepas semua yang kita sudah tahu tentang BN, kita tidak lagi harus mengharapkan mereka akan ambil berat kebajikan rakyat,” katanya.

Menurut beliau, kesan banjir akan mengakibatkan harta awam musnah, peniaga-peniaga kecil tidak dapat mencari rezeki, pelajar tidak dapat ke sekolah, buku-buku rosak, bekalan makanan terputus dan tanaman petani rosak.

Bukan itu sahaja katanya, ternakan juga mati, kayu balak masuk rumah, rumah hanyut dan kehilangan nyawa, semua itu akan menelan kerugian sehingga berbilion ringgit.

Itu adalah antara faktor utama pembangkang termasuk Muda menentang PRU-15 dijalankan semasa musim banjir, katanya.

“Kerana itulah walaupun Parlimen sudah dibubar dan pilihan raya tidak lagi dapat dielakkan, Muda tetap akan membuka bilik gerakan banjir dan menyeru semua sukarelawan untuk bersama bagi membantu semua yang terkesan sebagai persediaan,” katanya.

Pada Isnin, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan pembubaran Parlimen ke-14 untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 lebih awal, tidak mengendahkan rayuan rakyat supaya tidak mengadakan pilihan raya sehingga tahun depan, ketika negara bersiap sedia menghadapi banjir tahunan.

Pilihan raya baharu perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran dan UMNO telah mencadangkan awal November sebelum ribut hujan Monsun Timur Laut melanda.

Bagaimanapun, sejak awal bulan ini, kebanyakan negeri di Semenanjung, Sabah dan Sarawak telah mengalami hujan lebat dan sesetengah kawasan telah mula banjir.

Untuk rekod, berdasarkan ramalan dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia, Monsun Timur Laut lazimnya akan bermula pada November dan berakhir pada Mac.

Ketika tempoh ini, negara akan menerima tiupan angin yang konsisten dari arah timur laut di antara 10 hingga 20 kilometer sejam dengan beberapa siri hujan lebat yang menyeluruh juga dijangka berlaku, terutama di negeri Pantai Timur Semenanjung dan barat Sarawak. – SB

Popular
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
April 24, 2024
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024
Tiada laporan polis diterima berhubung rakaman tular perbualan lucah
November 17, 2023
Lagi Politik terkini
Pegawai Kor Ming diletak calon DAP pada PRK Kuala Kubu Bharu
14 jam lalu · Politik
Tengku Zafrul hanya hadir sekali ke mesyuarat UMNO Selangor, kata Megat
April 22, 2024 · Politik
Kerajaan boleh dianggap derhaka jika ingkar adendum, kata Annuar Musa
April 22, 2024 · Politik
UMNO kekal pendirian beri laluan kepada calon DAP, kata Mat Hasan
April 22, 2024 · Politik
Tengku Zafrul mohon kebenaran betulkan fakta Zahid dalam kes pengampunan Najib
April 22, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok