Dulu nak gerak solo, sekarang Zahid hilang keyakinan kekuatan parti

November 8, 2022 · Politik

Pengakuan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bahawa Barisan Nasional (BN) sanggup bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan untuk membentuk kerajaan majoriti selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), mencerminkan ketidakyakinannya terhadap kekuatan BN.

Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata sebaliknya PN menyertai PRU-15 dengan keyakinan yang kukuh bahawa gabungan ini akan dapat membentuk kerajaan.

Presiden Bersatu itu berkata tumpuan kini adalah untuk mendapatkan sokongan daripada pengundi.

“Kami tidak tahu keputusannya, tetapi kami berazam untuk berjuang hingga ke akhirnya,” katanya kepada pemberita selepas melawat pengundi di kawasan Jitra di kawasan Parlimen Kubang Pasu, hari ini (8 November 2022).

Bekas Perdana Menteri itu berkata keyakinannya datang daripada perpaduan yang ditunjukkan antara parti komponen PN, khususnya selepas proses penamaan calon PRU-15.

Menurut Muhyiddin lagi PN terbukti menjadi satu-satunya gabungan yang tidak mengalami kejatuhan teruk dari segi sokongan selepas hari penamaan calon berbanding apa yang berlaku dalam BN dan PH.

“Inilah kestabilan yang kami tawarkan kepada pengundi dalam tinjauan ini,” katanya.

Tambahnya, ini mungkin disebabkan hasil ikatan yang kukuh dalam kalangan pemimpin PN daripada Bersatu, PAS dan Parti Gerakan Malaysia (Gerakan).

Muhyiddin berkata kenyataan dibuat Zahid itu menunjukkan beliau tidak yakin untuk membentuk kerajaan sendirian, sekali gus bermakna tidak percaya BN akan menang besar.

“Itu pandangan beliau (Zahid). Mari kita hadapi pilihan raya umum dahulu tanpa terlalu risau dengan keputusannya.

“Setakat ini, saya menjangkakan dan berharap akan ada gelombang kuat untuk mencuci segala sampah politik dalam negara termasuk BN dan Pakatan Harapan (PH).

“Oleh itu, saya tidak boleh meramalkan bahawa kita akan memerlukan lebih banyak kerusi (untuk membentuk kerajaan) atau kita bersedia untuk bekerjasama (dengan gabungan lain).

“Kenyataan Presiden UMNO itu menggambarkan beliau tidak yakin dengan kemampuan mereka untuk membentuk kerajaan.

“Dia tak yakin untuk membentuk kerajaan, tetapi pada masa sama, dia kata mereka (BN) akan membentuk kerajaan. Pada saya, itu adalah hak beliau untuk berkata demikian,” katanya

Semalam, Zahid berkata BN terbuka untuk bekerjasama dengan mana-mana parti atau gabungan, bukan hanya dengan PH, sekiranya parti itu gagal membentuk kerajaan majoriti selepas PRU-15.

Beliau berkata selain bekerjasama dengan Pengerusi PH Datuk Seri Anwar Ibrahim, BN mungkin juga bekerjasama dengan pemimpin politik dalam Gabungan Rakyat Sabah, Gabungan Parti Sarawak dan parti lain, serta gabungan lain untuk mewujudkan kestabilan politik di negara ini.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Selepas berkawan dengan UMNO, PH tidak lagi hormati kebebasan bersuara
4 jam lalu· Politik
Majoriti rakyat tolak kluster mahkamah dalam Kabinet bakal dibentuk Anwar
11 jam lalu· Politik
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
11 jam lalu· Politik
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
14 jam lalu· Politik
Popular
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
November 29, 2022
Calon PN Padang Serai beri keterangan polis selepas penyokong PH koyak
November 29, 2022
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
November 29, 2022
Sedia ke Bukit Aman jika disiasat, kata Hadi
November 29, 2022
Lagi Politik terkini
MP Baling nafi sebar audio rakaman fitnah Anwar, beri penjelasan
5 jam lalu · Politik
PAS tunjuk bukti sikap DAP terhadap Islam, Melayu. UMNO buat-buat lupa
9 jam lalu · Politik
3 kali runding UMNO Pahang tolak perpaduan ummah, rela ikut DAP
9 jam lalu · Politik
Dakwaan Agong campur tangan bentuk kerajaan, NGO lapor polis terhadap Zahid
15 jam lalu · Politik
Amanah beri laluan kepada UMNO bertanding di Tioman selepas Zahid sokong PH-DAP
16 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Muhyiddin zahir terima kasih, Perikatan tidak akan sertai kerajaan Anwar
November 25, 2022
[VIDEO] Setpol Ismail Sabri dikaitkan rancang jatuhkan Najib
November 25, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok