Dulu DAP serang Azalina isu 1MDB, kini sokong jadi Speaker pula

September 6, 2021 · Politik

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng hari ini mengesahkan Timbalan Pengerusi Nasional parti itu, Gobind Singh Deo telah bertemu dengan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said, dalam usaha mengangkatnya sebagai Speaker Dewan Rakyat, menggantikan Datuk Azhar Harun.

Bagaimanapun, Guan Eng tidak menyatakan bila Gobind mengadakan pertemuan dengan Azalina yang juga bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat ketika pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum meletak jawatan pada 23 Ogos 2021, tatkala ada ura-ura beliau bakal dilantik sebagai menteri dalam Kabinet Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

“Timbalan Pengerusi Nasional DAP dan Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo telah bertemu dengan Azalina, yang ingin membincangkan cadangannya mengenai pilihan raya pecat atau “recall election” sebagai sebahagian daripada pakej rang undang-undang anti lompat parti.

“DAP bersedia untuk berbincang lebih jauh dengannya jika dia serius untuk mengemukakan namanya menggantikan Azhar bagi mengembalikan imej dan kredibiliti Parlimen yang telah dirosakkan teruk oleh ketundukan Azhar kepada perintah Eksekutif,” kata Guan Eng dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.

Dari sudut politik, tidak pelik apabila kawan menjadi lawan dan lawan menjadi kawan. Semuanya semata-mata untuk survival politik masing-masing.

Demikian juga apabila melihat kepada cadangan dan sokongan kuat DAP supaya Azalina – individu yang pernah mereka cop sebagai pembohong – dilantik sebagai Speaker Parlimen.

Dulu, pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang pernah membuat tuduhan mengatakan Azalina menjadikan Parlimen dikawal oleh kerajaan. Ketika itu Azalina adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

Kata Kit Siang, Azalina melakukan kesilapan itu pada hari pertama Parlimen bersidang dengan berkata Perdana Menteri (ketika itu) Datuk Seri Najib Razak mempunyai ‘hak’ untuk menjawab soalan berhubung 1MDB dan ‘derma’ RM2.6 bilion apabila beliau memilih berbuat demikian.

“(Azalina) melakukan satu penghinaan kepada Parlimen dengan mendakwa bahawa Perdana Menteri mempunyai hak untuk memilih bila beliau mahu menjawab soalan mengenai 1MDB,” kata Lim dalam satu kenyataan.

Sekarang ini DAP menuduh Azhar pula hanya patuh kepada kerajaan dan mahu Azalina menggantikannya.

DAP juga pernah menuduh Azalina melakukan penghinaan dua kali terhadap Parlimen dalam kes membabitkan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Kata DAP, Azalina berbohong ketika menjawab persoalan dibangkitkan Guan Eng bahawa anggota PAC diberitahu mengenai baris yang dihapuskan dalam Laporan PAC mengenai 1MDB.

DAP juga berkata ketika Azalina mempertahankan pembohongan itu, beliau sekali lagi berbohong dengan mendakwa kenyataan Ahli Parlimen, Tony Pua berkaitan PAC dan 1MDB itu, tidak berasas dan tidak benar.

Kini, DAP kembali memuji Azalina yang mereka lihat dalam beberapa bulan kebelakangan lebih ke hadapan dalam menganjurkan reformasi institusi Parlimen.

“Azalina mesti menyusun rancangan tentang bagaimana mengelakkan parlimen menjadi sebagai rubber stamp untuk perdana menteri semata-mata dan mendaulatkan parlimen seperti yang tertulis dalam Perlembagaan Persekutuan,” kata Guan Eng.

Namun, reformasi Parlimen ini telah lama dirancangkan sejak Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri, namun kurang berkesan apabila Speaker yang dilantik terdiri daripada Ahli Parlimen yang turut terikat dengan kepentingan parti dan kerajaan.

Hanya dua individu bukan Ahli Parlimen pernah dilantik menjadi Speaker Dewan Rakyat iaitu bekas Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohamad Ariff Md Yusof, dan Azhar.

Berita berkaitan
MP DAP pertahan lantikan Izzah, boleh bantu hapus hutang negara
January 30, 2023· Politik
Perpecahan UMNO berisiko jejas peluang PH pada PRN, kata pemimpin DAP
January 29, 2023· Politik
Menteri KPKT kata pakar Singapura hanya untuk kongsi pengetahuan
January 26, 2023· Isu semasa
Amanah Kedah sokong pakar Singapura dibawa masuk KPKT, pertahan menteri DAP
January 26, 2023· Politik
Popular
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
February 1, 2023
Tiada UMNO pun nasib agama, bangsa Melayu tetap dibela
February 1, 2023
Saya pula dipecat oleh ‘UMNO Zahid Sdn Bhd’, kata Tun Faisal
January 31, 2023
Azmin MB jika PN menang PRN Selangor?
February 1, 2023
Lagi Politik terkini
MP PKR mahu Anwar perbetulkan kesilapan, pertikai lantikan anak
27 minit lalu · Politik
Dalam wawancara media antarabangsa, Anwar disoal berhubung isu kes rasuah Zahid
2 jam lalu · Politik
Beku akaun Bersatu, sabotaj terhadap PN sebelum PRN sudah bermula?
3 jam lalu · Politik
Betulkah dalam akaun Bersatu ada sehingga RM4 bilion? Lihat penyata
3 jam lalu · Politik
Anak beranak jaga perbendaharaan, Malaysia bukan milik Anwar sahaja
4 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Anwar dalam diam ‘sedekah’ jawatan pada anak sendiri
14 jam lalu
[VIDEO] Rekod banduan tetap ada walaupun diampunkan
20 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok