Dulu barua sekarang bermaruah, kata Norhizam lepas tarik sokongan

October 5, 2021 · Politik

Bekas EXCO Negeri, Datuk Norhizam Hassan Baktee bersetuju kenyataan Datuk Seri Idris Haron berkaitan campur tangan ‘orang ketiga’ dalam pentadbiran kerajaan negeri hingga mencetuskan krisis pentadbiran dan politik di Melaka.

Beliau mengakui berdepan isu menyelesaikan masalah permohonan tanah oleh penduduk selain usahanya membantu mempergiatkan sektor pertanian yang dikekang.

Isu permohonan pemilikan tanah dan usaha meningkatkan sektor pertanian didiamkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, katanya menjelaskan soal pembangunan negeri dipengarusi Pengerusi Badan Perhubugan UMNO Negeri yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Kita memang tidak setuju dengan apa yang berlaku sekarang, bila tengok Exco tidak boleh buat keputusan, jadi siapa lagi? Kita tidak mahu ada orang luar (Ab Rauf) campur, buat keputusan yang tidak sepatutnya, banyak masalah lain tidak boleh selesai.

“Sebagai contoh, kita tahu tanah pertanian sudah tidak ada lagi, yang ada pun 70 peratus komoditi untuk getah dan sawit. Jadi macam mana saya nak buat aktiviti kalau tanah tidak ada?,” katanya pada sidang medai di Melaka hari ini.

Norhizam dilantik sebagai EXCO negeri yang mempengerusikan Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, sejak 19 bulan lalu.

Menurutnya beliau turut membantah pelaksanaan Projek Pelabuhan Antarabangsa Kuala Linggi (KLIP) bernilai RM15 bilion kerana bimbang dengan nasib nelayan di negeri ini.

“Saya Exco pertama membantah kerana Jabatan Perikanan di bawah portfolio saya. Saya bukan antipembangunan tetapi saya nak bela nasib nelayan, namun suara saya tidak ada.

“Saya kecewa kerana dasar-dasar tidak dapat dilaksanakan. Dulu barua, sekarang bermaruah. Kita membakar diri untuk rakyat, berjuang untuk rakyat.

“Tengok apa komen rakyat. Ini suara rakyat, tengok satu persatu. Saya menjadi wakil rakyat, mendengar keluhan hati dan bukan perjuangkan diri saya sendiri,” katanya.

Berita berkaitan
PRU-15: PM sedang tunggu waktu sesuai, perlu beri isyarat betul
July 24, 2022· Politik
RUU larang MP bertukar parti demi kestabilan politik, kata Wan Junaidi
July 23, 2022· Politik
UMNO desak tamat MoU, Annuar kata MoU dengan PH sehingga bubar Parlimen
July 21, 2022· Politik
Pelan B UMNO didedah Mat Maslan boleh cetus krisis politik baharu
July 13, 2022· Politik
Popular
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
August 9, 2022
Lebih baik GTA sertai PN
August 9, 2022
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
August 9, 2022
Ada lagi satu skandal besar selepas LCS, dedah Ketua Pemuda PAS
August 8, 2022
Lagi Politik terkini
UMNO Sabah mula minta senarai calon PRU-15
5 minit lalu · Politik
Lebih baik GTA sertai PN
13 jam lalu · Politik
Prihatin Rakyat kekal jadi falsafah perjuangan PN, kata Muhyiddin
13 jam lalu · Politik
BN umum keputusan permohonan parti Zuraida minggu hadapan: Tok Mat
19 jam lalu · Politik
Rafizi senaraikan punca kos kapal tak siap naik tiga kali ganda
20 jam lalu · Politik
Video / Foto
[FOTO] Dragon Muay Thai gegar Bukit Bintang
August 8, 2022
[VIDEO] Jentera UMNO diarah mantap persiapan hadapi PRU-15
August 5, 2022

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok