Dua PRN kerana UMNO, tapi Ahli MT nafi UMNO punca politik negara tak stabil

February 25, 2022 · Politik

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican menafikan tuduhan mengatakan UMNO menjadi punca politik negara tidak stabil.

Reezal Merican berkata sebaliknya UMNO menjadi penyelamat, walhal realitinya dua Pilihan Raya Negeri (PRN) diadakan ketika rakyat sedang susah dan bergelut dengan penularan Covid-19 adalah berpunca daripada tindakan Menteri Besar (MB) daripada parti itu yang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Ada Menteri Besar datang sini menyatakan UMNO penyebab hilangnya kestabilan sesebuah kerajaan.

“Saya nak maklumkan apabila runtuh kerajaan PH (Pakatan Harapan) dahulu, itu dibuat oleh mereka sendiri.

“Apabila sebahagian keluar (daripada PH), yang menjadi penstabil adalah UMNO dan tampil ke depan apabila dalam keadaan situasi Covid-19,” katanya dipetik laporan media semasa program di Pasir Gudang hari ini.

Untuk rekod, PRN Melaka dan Johor diadakan susulan tindakan dua MB daripada UMNO yang bertindak membubarkan DUN bagi memberi laluan pilihan raya diadakan.

Kedua-dua PRN diadakan pada ketika kes Covid-19 semakin mencanak naik dan negara baharu sahaja berdepan bencana banjir.

Malah, Reezal Merican yang juga Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan mempertahankan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang mengambil langkah untuk bekerjasama dengan blok pembangkang, PH bagi mendapatkan sokongan terhadap kerajaan pusat yang dipimpinnya.

“Walaupun bukan kerajaan UMNO, tetapi pemimpin UMNO adalah penstabil dalam kerajaan.

“Apabila Ismail Sabri mengetuai kerajaan, Perdana Menteri berjaya mendapatkan pemimpin pembangkang menandatangani MOU (Memorandum Persefahaman) untuk memudahkan pentadbiran kerajaan dalam tempoh pandemik.

“Beliau berjaya menghasilkan senario yang mana (pemimpin PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Guan Eng akur dan akhirnya bajet (belanjawan) berjalan dengan lancar.

“Kerana apa? Kerana Perdana Menteri mempunyai keupayaan untuk bawa kestabilan. Beliau Perdana Menteri dari mana? Daripada UMNO,” katanya lagi.

Sebelum ini, MB Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa UMNO menjadi punca politik negara tidak stabil apabila dua PRN diadakan secara sengaja pada ketika rakyat sedang susah.

Semasa berucap di majlis pelancaran jentera pilihan raya Pemuda Perikatan Nasional (PN) Johor, Sanusi dilaporkan berkata, kestabilan politik hanya boleh dicapai sekiranya UMNO-Barisan Nasional (BN) disekat daripada kembali berkuasa.

Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat itu juga memberi contoh Kedah sebagai “kerajaan stabil” kerana Umno hanya mempunyai dua kerusi saja, dan berbeza daripada keadaan di negeri lain.

Menurut Sanusi, BN khususnya UMNO dilihat terus menjadi pihak yang mencetuskan perbalahan sehingga sukar mencapai kesepakatan dengan PAS.

Berita berkaitan
Ku Li bidas keputusan UMNO mahu PRU-15 semasa banjir ikut nafsu semata-mata
5 jam lalu· Politik
PAS aktifkan jentera pilihan raya selepas UMNO desak PM bubar Parlimen
5 jam lalu· Politik
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
5 jam lalu· Politik
PRU-15 selepas bentang Bajet 2023 bakal jadi kenyataan, PM setuju arahan Presiden?
8 jam lalu· Politik
Popular
MT UMNO setuju bekerjasama dengan PAS hadapi PRU-15
September 30, 2022
UMNO pecat Zaharin Mohd Yasin
October 1, 2022
Tajuddin dan Ketua Bahagian Alor Setar digantung keahlian UMNO: Laporan
October 1, 2022
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
October 1, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PM kena bincang dengan Kabinet, perlukan sokongan penuh
17 minit lalu · Politik
PRU-15 ketika banjir serlah sikap UMNO sanggup gadai nyawa rakyat
47 minit lalu · Politik
Zaharin yang dipecat ajak rakyat tolak UMNO, BN bawah ‘penyamun’
2 jam lalu · Politik
Radzi bidas UMNO jangan rasa besar sangat, ingat rakyat sama
2 jam lalu · Politik
Inilah amaran Zahid kepada Ismail Sabri, kata Ketua UMNO digantung
3 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mesyuarat MKT UMNO putus 9 ketetapan
15 jam lalu
[VIDEO] 4 wilayah Ukraine jadi milik Rusia
16 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok