Dua kerusi Senator untuk anak muda jika Perikatan Nasional menang

November 6, 2022 · Politik

Perikatan Nasional (PN) akan menawarkan dua kerusi Senator Dewan Negara kepada belia dan beliawanis, sekiranya berjaya menubuhkan Kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), pada 19 November ini.

Pengerusi Perikatan Nasional Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tawaran itu terkandung dalam manifesto PN bagi PRU-15 bertemakan “Prihatin, Bersih dan Stabil: Malaysia Gemilang” atau ‘PN BEST’ yang merangkumi 12 tunjang utama, 30 pendekatan dan 234 tawaran.

Menurutnya oleh kerana golongan belia adalah aset masa depan negara, maka Perikatan Nasional akan memberi tumpuan kepada usaha untuk memperkasa mereka, selain mensejahterakan keluarga muda dengan menawarkan beberapa insentif.

Ketika melancarkan PN BEST di Shah Alam malam ini, (6 November 2022), Muhyiddin yang juga bekas Perdana Menteri berkata kerajaan PN akan menyediakan Skim Perumahan Mikro Belia Mampu Sewa di bandar-bandar utama serta menambah baik skim pembiayaan perumahan bagi golongan B40 dan M40 seperti skim rent-to-own dan pembelian tanah.

Tawaran lain kepada anak muda ialah:

  • Mengurangkan bayaran balik pinjaman PTPTN sebanyak 25 peratus kepada graduan kelas dua atas;
  • Memberi insentif khas bernilai RM1,000 kepada pekerja sektor ekonomi gig yang layak untuk mengikuti kursus terpilih di institusi pengajian tinggi;
  • Menaikkan kadar elaun pelajar yang menjalani latihan amali atau praktikal di sektor awam kepada RM1200 sebulan;
  • Memperkasa program usahawan golongan anak muda dalam industri ekonomi digital dan masa hadapan seperti FinTech, Robotik dan kenderaan elektrik (EV);
  • Memperkasa pembangunan bakat e-sports dengan memperkenalkan stadium khas e-sports serta program mencungkil bakat masa depan e-sports;
  • Meningkatkan kemahiran digital belia termasuk coding, artificial intelligence (AI), machine learning (ML) dan internet of things (IoT); dan
  • Memperkenalkan program pembiayaan perumahan tanpa faedah khususnya bagi keluarga muda.

Pada masa sama, Muhyiddin juga berkata kerajaan PN akan berusaha untuk mengoptimumkan potensi wanita dalam semua bidang kerana wanita adalah ‘tiang seri negara’.

“Kerajaan Perikatan Nasional akan terus memartabatkan golongan wanita untuk membolehkan mereka menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Inisiatif untuk wanita yang ditawarkan PN ialah:

  • Mengembangkan DanaNita – Wanita Bangkit Berniaga bagi membantu usahanita baharu dengan menyediakan pinjaman tanpa faedah sehingga RM20,000 seorang;
  • Memperkenalkan Agenda Care-Economy bagi menyelaras sistem penjagaan warga emas, kanak-kanak dan OKU melalui MyPrihatin merangkumi skim pendaftaran dan latihan penjagaan kanak-kanak tidak formal;
  • Melaksanakan intervensi agresif bagi memastikan sasaran sekurangkurangnya 30% penyertaan wanita dalam jawatan utama di sektor awam dan swasta dicapai menjelang 2025;
  • Memuktamadkan segera kajian pindaan perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan untuk kewarganegaraan anak yang dilahirkan oleh ibu berwarganegara Malaysia dengan suami warganegara asing di luar negara; dan
  • Menguat kuasa serta mempercepat pelaksanaan Akta Antigangguan Seksual dan penggubalan Rang Undang-Undang Anti- Stalking.

Malaysia Memilih
Semak keputusan PRU15
Berita berkaitan
Perikatan Nasional rampas kubu kuat PH di Padang Serai, peroleh 16 ribu lebih majoriti
2 jam lalu· Politik
Saham judi naik selepas Anwar jadi PM, takkan tauke judi nak taja PN: Hadi
13 jam lalu· Politik
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
15 jam lalu· Politik
PN umum Tuan Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang di DUN Pahang
December 6, 2022· Politik
Popular
Keputusan PRU Parlimen Padang Serai, DUN Tioman penentu landskap politik negara
December 7, 2022
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
December 7, 2022
Anwar gelabah, kerajaan campuran penyamun hilang arah: Tuan Ibrahim
December 7, 2022
Satu peringatan: Anwar ada sejarah campur tangan dalam siasatan
December 7, 2022
Lagi Politik terkini
MIC tolak kerusi timbalan menteri ditawar Anwar
2 jam lalu · Politik
Walaupun bergabung dengan PH, calon BN menang dengan majoriti tipis
3 jam lalu · Politik
Kalau nak korek… korek semualah, kata Shahidan pada Anwar
6 jam lalu · Politik
Dana judi: Anwar cuba bina persepsi negatif terhadap Perikatan Nasional
8 jam lalu · Politik
Hairan macam mana Anwar boleh lantik orang ada kes mahkamah: Dr Mahathir
8 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Satu lagi laporan polis dakwa Anwar ligat fitnah Perikatan
9 jam lalu
[VIDEO] Laporan polis dakwa Anwar fitnah Perikatan dibiayai syarikat judi
17 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok