Dua kali Najib aniaya Muhyiddin, kini kebenaran tertegak, kata Wan Saiful

August 24, 2022 · Politik

Ketua Penerangan Parti Bersatu Datuk Wan Saiful Wan Jan menyifatkan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap Datuk Seri Najib Razak semalam, adalah kemenangan kepada rakyat setelah wang mereka dirompak.

Keputusan itu juga katanya, sekali gus membuktikan perjuangan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengembalikan maruah dan integriti politik negara adalah perjuangan yang benar.

Menurutnya Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu telah dianiaya secara besar sebanyak dua kali oleh Najib, dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, serta konco-konco mereka dalam Kluster Mahkamah.

“Muhyiddin dipecat oleh Najib dari jawatan dalam UMNO dan kerajaan semata-mata kerana beliau menuntut ketelusan dalam pentadbiran negara. Kemudian Najib dan Zahid berpakat sehingga 15 orang penyokong kleptokrat dari kalangan Ahli Parlimen UMNO-BN menarik sokongan untuk memaksa Muhyiddin meletak jawatan.

“Semalam mahkamah menyatakan bahawa individu yang tidak berintegriti adalah Najib,” katanya dalam satu kenyataan sebagai mengulas keputusan Mahkamah Persekutuan sebulat suara menolak rayuan akhir Najib untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta setelah didapati bersalah menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd (SRC).

Dalam penghakimannya, Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mempengerusikan panel lima hakim berkata hakim perbicaraan di Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali membuat keputusan tepat ke atas Najib berhubung tujuh pertuduhan kes SRC.

Mengulas lanjut Wan Saiful berkata berbilion-bilion ringgit wang rakyat dicuri oleh kepala kleptokrat dan mahkamah telah membuktikan bahawa Najib memang melakukannya.

Ini, katanya menunjukkan secara langsung bermaksud Muhyiddin dan rakyat yang menolak Najib berada di pihak yang benar.

“Tahniah Tan Sri Muhyiddin kerana terbukti sebagai seorang yang istiqamah dan berani memperjuangkan prinsip walaupun terpaksa hilang jawatan dan kedudukan! Inilah dia pejuang sebenar yang hanya mahukan yang terbaik untuk negara dan rakyat dan membersihkan Malaysia dari kleptokrasi,” katanya lagi.

Sehubungan itu, Wan Saiful mengajak rakyat Malaysia menilai semula bagaimana perjuangan UMNO dan BN yang tidak malu mempertahankan Najib, yang kini terbukti tidak berintegriti.

Katanya rakyat perlu menilai, adakah mereka masih percaya kepada kuncu-kuncu Najib dan Zahid dalam UMNO yang menyerang institusi kehakiman semata-mata untuk menegakkan benang basah.

“Inilah dia UMNO yang rosak, yang langsung tidak malu untuk mencampuri urusan mahkamah demi menjaga kepentingan peribadi. Kita harus terus istiqamah membersihkan Malaysia dari kleptokrasi. Mereka masih ramai dan masih berkuasa dalam UMNO, terutama Zahid yang sedang berhempas pulas mahu menjadi Perdana Menteri,” katanya.

Penghakiman hari ini menunjukkan bahawa sistem kehakiman negara kita mempunyai kredibiliti dan kebebasan dalam membuat keputusan, walaupun pasukan pembelaan Najib mencuba pelbagai langkah untuk melewatkan proses, kata Wan Saiful.

“Persoalan yang timbul hari ini adalah apa sikap pemimpin lain dalam UMNO yang cuba menegakkan benang basah mempertahankan Najib sehingga sanggup melempar pelbagai tohmahan terhadap Tan Sri Muhyiddin.

“Sesungguhnya sikap melutut menyembah wang yang dibawa oleh Najib dan disanjung oleh ramai kluster mahkamah UMNO adalah perosak negara dan bangsa kita,” katanya.

Wan Saiful juga menasihatkan parti komponen BN yang melantik Najib sebagai penasihat menilai semula sikap mereka.

“Tatkala seluruh dunia tahu bahawa Najib merompak, UMNO, MCA, MIC dan PBRS langsung tak malu mengangkat Najib. Budaya “malu apa” inilah yang merosakkan BN,” katanya.

Berita berkaitan
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
9 jam lalu· Politik
Buat PRU-15 itu pendirian UMNO, Menteri PN mahu utamakan rakyat dahulu
14 jam lalu· Politik
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
15 jam lalu· Politik
Sekarang pun sudah ada tempat yang banjir, kata MetMalaysia
15 jam lalu· Isu semasa
Popular
Selepas selesai bertemu Agong, PM bertemu ‘top five’ UMNO pula
October 6, 2022
Zahid kata PM tak dihormati, tapi terlupa insiden ‘boo’ dalam dewan
October 6, 2022
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
October 6, 2022
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
October 6, 2022
Lagi Politik terkini
PRU-15: PN akan pertahan kerusi disandang, kata Wan Saiful
5 jam lalu · Politik
Muhyiddin yakin PAS kekal dalam PN
7 jam lalu · Politik
PN bincang manifesto PRU-15
7 jam lalu · Politik
Walau diberi kata dua PAS masih harap UMNO, Bersatu bekerjasama
12 jam lalu · Politik
PRU musim bencana strategi UMNO, peratusan keluar mengundi rendah
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Menteri PN peduli rakyat, hantar petisyen tangguh PRU15
11 jam lalu
[VIDEO] Perkukuh ukhwah, tolak usaha pecah belahkan PN
19 jam lalu

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok