Dua jawatan TPM, satu kepada BN dan GPS: Anwar

November 24, 2022 · Politik

Kerajaan baharu yang dibentuk akan menyaksikan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) akan dilantik, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perdana Menteri Ke-10 itu juga memberi bayangan satu jawatan TPM akan diberikan kepada Barisan Nasional (BN) dan adakah ia akan diberikan kepada anak muridnya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi?

“Jawatan Timbalan Perdana Menteri itu, Perdana Menteri dari Pakatan Harapan (PH), Timbalan Perdana Menteri dari komponen kuat yang lain, iaitu Barisan Nasional.

“Kepada Sabah dan Sarawak, yang terkuat antara Sabah dan Sarawak adalah GPS,” katanya pada sidang media.

Dalam pada itu, Anwar juga berkata isu berhubung Ahli Parlimen yang didakwa di mahkamah tidak dilantik sebagai ahli Kabinet akan dibincangkan dalam kerajaan baharunya nanti.

“Itu ada dibangkitkan. Kalau dalam kalangan Pakatan Harapan (PH), pendirian kita jelas. Tapi oleh kerana ia babitkan isu Kerajaan Perpaduan, kita perlu berbincang (dengan parti gabungan).

“Yang membezakan adalah apabila hukuman dijatuhkan. Apabila ada pendakwaan, jika ikut pendirian PH, sukar untuk kita teruskan (dilantik sebagai anggota Kabinet).

“Tapi, bagi saya ruang untuk berbincang dengan parti dalam Kerajaan Perpaduan ini secara terperinci,” katanya lagi.

Ditanya mengenai pelaksanaan manifesto yang berbeza dalam kalangan gabungan dalam pentadbirannya, Anwar memaklumkan akan memberi tumpuan kepada beberapa isu utama yang dibangkitkan semua gabungan dalam manifesto masing-masing.

“Ada beberapa isu teras yang kita tidak boleh kompromi, iaitu tadbir urus baik, usaha antirasuah, kebebasan kehakiman dan lebih penting adalah kebajikan rakyat biasa, termasuk isu kos sara hidup yang akan diuruskan secepat mungkin.

“Tidak banyak perbezaan (dalam isu teras). Ada niat yang baik (dalam semua manifesto), namun cabarannya adalah mengenai komitmen untuk melaksanakannya, seperti rasuah yang menjadi endemik dan bagaimana mengambil tindakan berkesan untuk menghentikannya,” katanya.

Berita berkaitan
Ringgit ditutup paras RM4.79 berbanding dolar, hampir cecah rekod 1997
April 18, 2024· Isu semasa
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024· Politik
DAP Johor bidas tindakan Akmal, boleh jadi benih ekstremisme
April 1, 2024· Politik
Saman fitnah: Rayuan Jamal ditolak, perlu bayar RM300 ribu kepada Kok
March 27, 2024· Isu semasa
Popular
Kes Covid-19 tinggi tapi blok pembangkang masih desak buka Parlimen
May 27, 2021
Anak Bung Moktar dilantik bendahari Pemuda UMNO
March 24, 2023
Dewan Rakyat: Usul gantung Wan Saiful ditarik balik
March 5, 2024
Tengku Zafrul letak jawatan bendahari UMNO Selangor, tak sehaluan
April 1, 2024
Lagi Politik terkini
Azmin dakwa rumah terbuka Aidilfitri Bersatu disekat kerajaan Selangor
April 18, 2024 · Politik
Terdapat ‘kesilapan fakta’ dalam afidavit Zahid, kata Tengku Zafrul
April 18, 2024 · Politik
Pengapungan harga petrol dijangka beri tekanan kepada rakyat, kata Bersatu
April 18, 2024 · Politik
Anwar bantah permohonan ujian poligraf dibuat Yusoff Rawther: Laporan
March 30, 2024 · Politik
Rafizi balas kecaman Puad, ‘dia saja seorang bising’
March 27, 2024 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Mahathir dakwa SPRM ugut Mirzan untuk dakwa dirinya
January 22, 2024
[VIDEO] Siasat saya senang, yang susah siasat PM sebab ada kuasa, kata Mahathir
January 22, 2024

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok