Dua calon Timbalan Presiden PKR berdebat 11 Mei ini

May 5, 2022 · Politik

Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli akan berentap atas pentas debat pada 11 Mei ini.

Kedua-dua calon Timbalan Presiden PKR akan berdebat bagi berbahas untuk melihat siapa yang lebih layak untuk menjadi orang nombor dua dalam parti untuk membantu Presidennya, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri (PM).

Program debat 90 minit itu akan dianjur Sinar Harian denga tajuk “Berani Semuka: Siapa Layak Bersama Anwar” dan bakal disiarkan secara langsung di semua platform organisasi berita itu.

Ketua Pengarang Kumpulan Rozaid Ahmad berkata, program itu tepat pada masanya dengan pemilihan PKR kali ini dilihat sebagai petunjuk kepada barisan kepimpinan baru yang bakal menggantikan presidennya, Anwar Ibrahim.

Program itu akan mejadi pentas menguji kewibawaan Saifuddin dan Rafizi dalam berhujah mengenai isu semasa serta soal kepimpinan dan masa depan PKR, kata Rozaid dalam kenyataan.

Dalam pemilihan kali ini, Anwar mengekalkan jawatan sebagai presiden bagi penggal 2022-2025 tanpa dicabar.

Lebih 1.2 juta ahli parti layak mengundi secara dalam talian atau fizikal pada pemilihan yang dijadualkan berlangsung dari 13 hingga 22 Mei ini.

Kongres nasional pula akan diadakan pada 10 hingga 12 Jun.

Berita berkaitan
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
22 jam lalu· Politik
Sanusi mohon perintah mahkamah tentukan skop pengampunan Anwar
June 9, 2023· Isu semasa
PAC lawat tapak bina LCS esok
June 9, 2023· Isu semasa
Bijak bezakan peranan parti politik dan kerajaan
June 8, 2023· Isu semasa
Popular
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
June 9, 2023
Tajuddih dedah kerajaan BN-PH dirancang sebelum PRU-15 lagi
June 9, 2023
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
June 10, 2023
PAU 202: Poster tuntut Najib dibebaskan tersebar
June 9, 2023
Lagi Politik terkini
Tak ada salah Pemuda UMNO gesa DAP minta maaf: Tok Mat
3 jam lalu · Politik
Ahli UMNO berharap Najib dikeluarkan segera, kata Rosmah
4 jam lalu · Politik
Minggu depan saya jumpa Muhyiddin, kata KJ
18 jam lalu · Politik
48 ahli UMNO masuk PAS, cawangan Taman Dato’ Hormat lumpuh
22 jam lalu · Politik
Tajuddin kata Ahmad punca pengaruh UMNO merosot
June 9, 2023 · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Zahid sebak laungan bebas Bossku bergema depan Anwar
June 9, 2023
[VIDEO] Pemuda menangis teruk Najib dapat anugerah
June 8, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok