Dr Mahathir sedia beri separuh wang RM1 bilion jika terbukti dakwaan PMX

May 12, 2023 · Politik

Perdana Menteri (PMX) Datuk Seri Anwar Ibrahim digesa membuktikan dakwaannya berhubung kekayaan luar biasa dan tidak hanya pandai membuat tuduhan sahaja.

Tun Dr Mahathir Mohamad mahu Anwar tidak sekadar membuat kenyataan politik terhadap musuhnya, malah beliau sedia memberi separuh wang yang didakwa dimilikinya kepada Ahli Parlimen Tambun itu jika terbukti benar.

“(Atas) sebab (tuduhan) itu, saya cabar Anwar, kalau (dia dapat) jumpa RM1 bilion (yang dikatakan) duit (yang ada kepada) saya, saya (akan) bagi dia separuh (daripada amaun itu).

“(Berkaitan) bekas pemimpin (yang didakwa kaut keuntungan), dia cabar buat apa, dulu dia ‘ex-Malay leader’ juga, (saya rasa) dia patut isytihar dia punya harta dahulu… bagi contoh dan dia bagi (cabaran itu) kepada semua orang.

“(Paling utama ketika ini) beliau tidak payah suruh orang lain, jawab (dan buktikan dahulu) tuduhan kononnya saya ada berbilion (ringgit), (Datuk Seri) Mukhriz (Mahathir) ada berbilion, ada jet dan sebagainya, tunjuk (kepada umum),” kata Dr Mahathir membidas Anwar menurut laporan Astro Awani.

Dr Mahathir ditemui media selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri anjuran Pertubuhan Prihatin Kubang Pasu di Kampung Naga malam tadi.

Pada 6 Mei lalu, Anwar mencabar bekas pemimpin dan pembesar yang mendapat keuntungan ketika era pemerintahan mereka untuk berkongsi kekayaan dengan orang Melayu yang lain.

Jelas Anwar, ini kerana pemimpin-pemimpin berkenaan dilihat hanya mengaut keuntungan untuk diri sendiri dan keluarga ketika pentadbiran masing-masing.

Namun, apabila mereka tidak lagi berkuasa, isu membabitkan penyatuan serta kekuatan orang Melayu baru dibangkitkan dan diperjuangkan individu berkenaan.

Untuk rekod, Dr Mahathir juga sudah menyaman Anwar sebanyak RM150 juta selepas difitnah mengkayakan kroni dan sanak saudara semasa menjadi Perdana Menteri sebelum ini.

Berita berkaitan
UMNO-BN ditawar tanding 16 kerusi di N. Sembilan, tapi minta tambah dua lagi
23 minit lalu· Politik
Puad dakwa bekas pemimpin mahu lihat UMNO ranap dan Zahid lemah
35 minit lalu· Politik
Dalam pembelaan kes saman, Rosmah kata barang kemas diberi tanpa diminta
48 minit lalu· Isu semasa
PAS Kedah pertahan Sanusi, bidas kerajaan campuran cuba bunuh karakter
1 jam lalu· Politik
Popular
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
June 6, 2023
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
June 6, 2023
PRN: Dr M bakal jumpa Muhyiddin
June 6, 2023
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
June 6, 2023
Lagi Politik terkini
Jamal kecewa lihat Noh berada atas pentas politik bersama PN
1 jam lalu · Politik
Siapa pengkhianat rakyat sebenar di Pulau Pinang? MP Permatang Pauh balas Guan Eng
1 jam lalu · Politik
Pelik ajaib, kapal LCS tak sampai-sampai: Syed Saddiq
12 jam lalu · Politik
MB Kedah akan dirakam keterangan polis esok
12 jam lalu · Politik
Bukan saya tapi ketua kerajaan, Rais jawab cadangan nama diberi gelaran ‘Tan Sri’
14 jam lalu · Politik
Video / Foto
[VIDEO] Ucapan Sanusi di himpunan PN Best Tanjung Karang
June 5, 2023
[VIDEO] Anwar usah sembang, nak faham orang miskin kena jadi miskin
June 5, 2023

Agenda Daily

Berita tepat dan menyeluruh.

Umum

Tentang kami

Hubungi kami

Penafian

Sosial media

Facebook

Twitter

Youtube

Instagram

TikTok